Korean Celebrities Who Don’t Age

Sesetengah orang ada yang tidak dimakan usia….

Let’s face it, some people age better than others. Dan semestinya tidak salah untuk mendapatkan khidmat specialists looking after your skin, ramai selebriti buat, but i’m telling you — some of them seem to never age. Like. ever.

Saya ada buat sikit kajian untuk beberapa artis Korea yang saya minat mengenai petua atau rahsia untuk kekal muda dan cantik – sesetengahnya definitely mudah untuk diikut dan tidak perlu berbelanja lebih. Ada cara rutin penjagaan yang simple, yang complex pun ada, dan yang lain tu wacky. Yang paling best sekali; anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ia hanya perlu dedikasi untuk menjaga tubuh badan agar kekal sihat dan oleh kerana ia merupakan organ terbesar : maka jaga ia dengan baik sebaik mungkin.

Jom, semak beberapa tips untuk kulit nampak lebih muda tanpa perlu berbelanja lebih!

1. Bae Jong-ok

Umur : 53

Anda mungkin nampak Bae Jong-ok dalam drama seperti Worlds Within lakonan Hyun Bin dan Song Hye Kyo atau That Winter The Wind Blows bersama dengan Jo In Sung dan Song Hye Kyo. Drama terbaru beliau dalam astro Unknown Woman (2017).

Sudah hampir 30 tahun sejak beliau mula berlakon, dan ibu kepada seorang anak perempuan ni somehow looks almost exactly the same mase dulu-dulu lagi. Beliau mengamalkan pescetarianish diet. Pescetarianish diet atau Pesco-vegetarianish adalah amalan mengikut diet yang terdiri daripada ikan atau produk makanan laut yang lain. Kebanyakkan pescetarians mengekalkan *vegetarian lacto-ovo diet dengan tambahan ikan dan kerang.

Beliau juga penggemar pilate sejak dari dulu lagi untuk mengekalkan bentuk badan beliau.

* Lacto-ovo vegetarian – vegetarian yang tidak makan daging, tetapi mengambil produk binatang tersebut seperti telur dan bahan tenusu. Makanan tipikal ovo-lacto vegetarian diet termasuk buah, sayuran, bijiran, kekacang, seeds, herba, akar, fungi, susu, cheese, yogurt, kefir dan telur.

2. Lee Mi-sook

Umur : 57

Lee  sentiasa nampak cantik sejak dari dulu lagi, tapi sukar hendak percaya yang beliau ni dalam lingkungan 50an, kan?

Beliau aktif sebagai model produk kecantikan sejak tahun 70an lagi hinggalah sekarang ini. Terkini, beliau mengeluarkan produk pakaian dalam Starit yang dijual secara online di home shopping channels dan beliau sendiri menjadi model utama bersama Top Big Bang untuk iklan tersebut.

Rahsia untuk mengekalkan bentuk badan agar kekal ramping dan bertenaga, beliau membuat workout pada setiap hari, tidur yang mencukupi, dan tidak menggunakan *heater, serta mengambil vitamin untuk kesihatan yang seimbang. Sukan kemegaran beliau ialah golf.

*Heater (pemanas) boleh menyebabkan kulit senang kering dan penuaan kulit.

3. Song Hye Kyo

Umur : 35

Beliau meraih populariti melalui leading roles dalam drama tv Autumn in My Heart (2000) , All In (2003), Full House (2004), Worlds Within (2008), That Winter, the Wind Blows (2013) dan Descendants of the Sun (2016) dimana beliau mencapai kejayaan pan-Asia. Dianggap sebagai salah seorang wanita paling cantik di Korea, Song merupakan model endorsement dan telah menerbitkan dua photobooks yang popular. Song sangat menitik berat mengenai penjagaan diri beliau, untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik, Song Hye Kyo elakkan dari makan makanan seperti coklat, coke, black tea dan makanan segera. Instead beliau pilih banyak makan buah, sayuran dan kadang-kadang makan telur.

Untuk penjagaan kulit agar kekal cerah, beliau memilih bahan semulajadi atau herbal based home made scrubs untuk menanggalkan kulit mati dan mengekalkan kulit bersih, segar dan natural. Campuran putih telur dan honey dijadikan mask, pakai dua kali sebulan. Gunakan sebelum tidur dan perlu dibilas apabila kering.

Untuk memutihkan kulit dan mengurangkan fine lines, Song menggunakan campuran honey dan air sebagai mask setiap dua kali sebulan. (Saya rasa dia alternate kedua mask ini).

Susu, ini mengingatkan saya pada rutin kecantikan Cleopatra – Song menggunakan susu untuk membasuh muka. Ini dapat menjadikan kulit lembut, licin dan radiant.

Song juga menggunakan freezing ice cubes untuk menjadikan muka beliau kecil, tegang dan anjal. Song menggurut wajah dengan menggunakan ice cubes.

*Perlu diingatkan, penggunaan terlalu lama pun tak bagus kerana ia boleh menyebabkan rasa kulit terbakar.

4. Jun Ji-Hyun

Umur : 35

Artis yang memegang watak mermaid dalam siri drama The Legend Of The Blue Sea (2016) dan My Love from the Star (2013) sangat menitik berat dengan pencucian wajah. Beliau pastikan proses cucian tidak lama tetapi muka benar-benar bersih. Dimulakan dengan menggunakan air suam dan disudahi dengan air sejuk. Beliau juga mengamalkan urutan wajah selepas membasuh muka.

Minum air suam sebanyak mungkin di siang hari dan tidur yang mencukupi untuk kulit yang cantik. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, beliau suka berendam di dalam air tub, light stretching atau meditasi sebelum tidur.

5. Hwang Jung-eum

Umur : 32

Ni salah seorang artis yang saya minat juga, mostly drama yang beliau berlakon semuanya best-best macam Kill Me Heal Me (2015), Endless Love (2014), Secret Love (2013), Incarnation of Money (2013), Can Your Hear My Heart (2011) dll.

Drama terbaru artis ini Lucky Romance (2016) tapi saya lebih menggingati beliau dengan freckled-face sebagai Kim Hye-jin dalam drama komedi romantik, She Was Pretty (2015). Dia betul-betul nampak buruk dalam cerita tu tapi pada reality nya , Jung-eum memiliki kulit yang sangat gorgeous. In fact, beliau dicalonkan  di tvN’s “Name List 2015” dimana beliau di ranked ke 5 sebagai “Beauties with Flawless Skin Even When Seasons Change”. Daebak!

Apabila ditanya mengenai cara penjagaan wajah, beliau menitik beratkan betapa pentingnya regim pencucian wajah dengan betul. Walaupun memiliki kulit yang sangat kering, beliau membasuh muka sebanyak 5 – 6 kali untuk menanggalkan kekotoran dan sel kulit mati. A bit too excessive if you ask me lah kan.

Untuk mengekalkan tahap lembapan pada kulit beliau, di akhir rutin penjagaan kulit dengan menyapu nourishing facial oil, dimana ia adalah penting untuk mendapatkan kulit yang healthy glow. Untuk hydration tambahan, beliau memastikan makan buah dan sayuran yang banyak, serta menggunakan moisturizing facial mask setiap hari.

Okay, saya nak komen sikit yang saya leery sikit pasal dia punya multiple cleaning routine. Saya tak rekomen ia sebagai skincare tip untuk ditiru. Pada pendapat saya that the best to keep facial cleansing to twice a day dengan gentle cleanser pun sudah memadai.

6. Moon Chae-won

Umur : 30

Beliau lebih dikenali untuk lead role bersama Song Joong-Ki dalam siri terbaru astro, Innocent Man (2012). Dalam salah satu episod Get It Beauty, beliau ditanya mengenai cara dia deals dengan skin troubles. Jawapannya? Satu, avoid touching your face! Dua, segarkan kulit dengan towel basah yang digosok dengan ice cubes. Beliau juga menggunakan sunscreen mist untuk melindungi kulit daripada sinar UV matahari. Dan juga moisturizing mist untuk maintain lembapan.

Untuk maintain kulit beliau yang honey dewy tu, beliau juga menggunakan green tea semasa mencuci wajah bagi membantu mengurangkan puffiness pada wajah. Tambahan lagi, beliau minum homemade ginger citrus latte yang sepatutnya bagus untuk kulit.

7. Choi Ji-woo

Umur : 42

Artis ni mula mendapat perhatian ramai sejak drama Winter Sonata (2002). Latest drama beliau di astro adalah The Suspicious Housekeeper (2013), beliau memiliki kulit yang fantasik untuk umur 42 tahun. Interestingly, beliau menggunakan home care remedies untuk hydratekan kulit, mask sheets dan vinegar cleansing.

Saya rasa yang the first tip tu does not require elaboration tapi the second needs some explaining.

Choi Ji-woo menerangkan selepas menggunakan cleanser, beliau membilas wajah dengan air bercampur dengan beberapa titik vinegar. The reason? Untuk balance kan pH level pada kulit sebab vinegar adalah acidik. Ok fine!

Memanglah tip ini makes sence, tapi I really not so keen on smelling like ammonia. Baunya lambat hilang, nak-nak mase musim panas dan berangin.o.O

Artis veteran Choi Ji-woo berkata dalam SBS selebriti show “Midnight TV Entertainment” pada Januari 2012, beliau minum teh ginseng setiap hari. Selain daripada itu, urutan muka, lakukan stretches pada wajah dan leher, menggunakan mask, dan minum air yang banyak, bagi mengelakkan kedutan. Akhir sekali, kerap berendam dalam bath tub. Beliau menambah beberapa titik wain beras yang ditapis ke dalam air dan rendam badan seketika untuk mengekalkan lembapan tubuh. Ooo patutlah kulit halus mulus pada usia tu.

8. Ha Ji-won

Umur : 39

Artis cantik Ha Ji-won berkata kepada MBC’s entertainment show “Entertainment Weekly” pada bulan Mac 2013 rahsia beliau untuk kelihatan muda ialah mandi dengan air sejuk. Beliau pastikan suhu air dibawah 20°C. Beliau telah amalkan petua ini sejak dari kecil lagi.

Yang ni saya setuju bebeno…. Orang tua-tua dulu suka bangun awal pagi untuk ambil titik air yang pertama bagi tujuan tegangkan kulit dan awet muda.

Selepas cleansing, beliau letak J.ONE Jelly Pack, Chic and Chic Sunblock Star, Giorgia Armani fluid sheer BB cream. Beliau juga menegaskan pentingnya mencari beberapa product yang bagus dan sticking to them! Maksudnya, bila dah jumpa produk yang bagus untuk kulit, tak payah tukar-tukar lagi dah, paham?

Selain daripada itu, beliau gemar minum air putih bersama perahan jus lemon untuk kekal cantik.

9. Lee Ha Nui aka Honey Lee

Umur : 34

Sure, Lee Ha Nui is obviously in the business of looking good – former Miss Korea and Get It Beauty host, swears by mayoo (*horse oil/hempseed oil) krim. Pada February 4, 2015, Haney Lee interview dengan OnStyle’s Get It Beauty, kulitnya cepat kering walaupun selepas mandi, dengan menggunakan ‘Horse Oil Cream” membantu  kulit kekal lembap, dan penting sebagai finishing up the foundation care.

*Horse oil atau minyak kuda mengandungi banyak unsaturated fat, dimana structure nya hampir serupa dengan lemak manusia. Kulit meresap minyak kuda ini dengan cepat, dan mengekalkan lembapan yang berpanjangan. Ia juga sangat efektif untuk wrinkles and freckles, dan menjadikan kulit kasar bertukar lembut. Minyak ini membantu merawat jari dan kaki merekah serta improve blood circulation, ia banyak digunakan untuk kesan terbakar dan atopic dermatitis di Jepun dan negara asia yang lain.

Selain daripada itu, Honey Lee juga menggunakan mangkuk seramik kecil untuk mengurut wajah dan lehernya. Mangkuk ini baik untuk membantu melicinkan kedutan pada garis senyuman dan di sekitar mata serta kening. Honey Lee juga menggunakannya pada *nodus limfa dengan menggerakkan mangkuk ke atas dan ke bawah lehernya dengan sedikit tekanan/pressure.

*Nodus Limfa merupakan struktur berbentuk oval  (menyerupai bentuk buncis), berukuran 1 mm sampai 20mm, bewarna kelabu-merah jambu (greyish-pink),tersusun dari sejumlah  pembuluh limfa, serta berfungsi menyaring dan menghancurkan psrtikel asing agar tidak menyebar ke jaringan tubuh. Terdapat di dasar mulut, leher, lekukan siku, ketiak dan paha.

10. Yoon Eun Hye

Umur : 32

Saya mula suka Yoon ni dalam drama tv The 1st Shop of Coffee Prince (2007), lepas tu saya mula follow semua drama lakonan beliau seperti Princess Hours (2006), My Fair Lady (2009), Missing You (2012) dan Marry Him If You Dare (2013).

Menurut Yoon Eun Hye, untuk maintain kulit translucent, poreless-looking skin macam tofu-like, a lots of moisturiser diperlukan.

Beliau menggunakan 3 kali ganda dari jumlah biasa moisturizing cream sebelum tidur, dimana ia mengekalkan kulit lembut dan dewy. Kulit beliau jenis kering, jadi ini penting. Tidak lupa juga, exfoliating kulit once a week dan proper cleansing.

Yoon juga percaya ‘a good night’s sleep is the key to looking your best’. Jika beliau susah nak tidur, beliau amalkan minum hot milk sebelum tidur, atau buat workout sikit.

Lots of H²O – Untuk glowing complexion, beliau mengambil 8 gelas air sehari, avoid smoking, coffee dan chocolates, ia boleh membuatkan kulit senang kering.

Yoon sangat menitik-berat mengenai pore care. Untuk membersihkan kulit, letakkan towel hangat pada wajah untuk gentle exfoliation sebelum memakai mask. Selepas mengalihkan mask, Yoon membasahkan cotton pads dengan toner dan urut dengan lembut pada kulit untuk mengurangkan kemunculan pores. Beliau juga mengelakkan makanan yang pedas dan masin!

Untuk rambut, beliau menggunakan L’Oreal Professionnel’s Mythic Oil disapu pada hujung rambut.

11. Kim Tae Hee

Umur : 37

Sebagai Korea national beauty, artis Kim Tae Hee merupakan idol untuk semua wanita Korea, manakala orang lelakinya pula sering meletakkan beliau rank #1 sebagai wanita ideal.

Isteri kepada Rain ini berkata, apabila beliau mencuci muka, beliau cuba untuk tidak menggunakan tangan sebanyak mungkin. Dia berkata menggosok muka dengan tangan boleh meninggkatkan jumlah kedutan! Teori ini sama diguna pakai dengan artis  Moon Chae-won.

Beliau banyak mengamalkan minum air jus carrots. Carrot mengandungi kandungan potassium yang tinggi, magnesium, calcium dan beta-carotene, carotenoids bagus dimana badan akan menukar kannya kepada vitamin A, E untuk meningkatkan kadar pencerahan kulit dan efek warna pink. Ia juga mengandungi antioxidant membantu menggurangkan pigmentasi kulit.

Untuk mask, beliau menggunakan campuran oat, honey dan kuning telur digunakan dua kali seminggu. Setiap kali keluar rumah, beliau selalu membawa ‘anti trouble patch’ sekiranya jerawat tiba-tiba muncul. Sebelah pagi, beliau menggunakan toner, essence, lotion, eye cream dan bb cream. Malam pula, beliau hanya menggunakan toner, essence, night cream dan juga eye cream.

12. Jang Na Ra

Umur : 36

Jang Na Ra ni silap haribulan orang ingat budak sekolah lagi. No kidding. Muka dia almost tidak berubah sejak mula debuted in 2001 lagi. Dia ni macam vampire! So bagaimana beliau mengekalkan penampilan agar nampak muda?

Singer dan actress Jang Na-ra berkongsi rahsia kecantikannya di KBS 2tv’s talk show “Happy Together” June 2015 yang beliau mengikuti special rutin semasa membasuh muka. Dalam klip itu, Jang mengurutkan muka menggunakan cleanser selama 10 minit setiap hari diwaktu pagi atau malam. Untuk menghilangkan kepenatan badan, beliau memilih ‘bomb bath’ dimana ia baik untuk blood circulation. Beliau juga banyak mengambil buah-buahan seperti apple, kiwi dan strawberi, dan juga kekacang sebagai menu harian.

That’s why our Nara-shii doesn’t seem to age at all.

Anda dah ter-inspired? Rutin mana yang akan anda ikut malam ni? Vote below.

Scroll To Top