Penjagaan Kulit Anda Part 1 : Kulit Kering

 

img_4898

Produk apa yang menjadikan kulit anda nampak cantik bersinar bergantung kepada sama ada kulit anda jenis kering, berminyak atau di antaranya. Tetapi untuk semua jenis kulit, terdapat satu garis panduan, mengikut Dr. Lynn McKinley-Grant, MD pakar dermatologist.”Apabila anda sudah dapat produk penjagaan kulit yang berkesan dan bersesuaian untuk kulit anda, teruskan menggunakannya – tiada sebab untuk anda menukarkannya.” Dan tidak kira jenis apa kulit anda, harus sentiasa menggunakan pelindung matahari – samada dari jenis pelembap untuk kulit anda yang kering atau yang bebas minyak jika kulit anda jenis berminyak.

Jenis Kulit

Jenis-jenis kulit yang kita perlu tahu ialah kulit normal, berminyak, kering, atau sensitif. Ada juga kulit jenis kombinasi di tempat yang berlainan pada permukaan kulit wajah.

Memahami perbezaan ini dapat membantu anda mengetahui regim penjagaan kulit wajah dengan betul ke arah kulit yang sihat.

Anda juga boleh melakukan ujian ringkas (simple test) pada kulit.

1.Cuci Muka – tanggalkan semua makeup dan hilangkan kesemua kotoran agar anda boleh rasa segar.

2.Tunggu 2 Jam – jangan pakai apa-apa produk dan biarkan kulit anda dalam keadaan asal.

3.Apa Yang Anda Lihat – tentukan jenis kulit anda berdasarkan ciri-ciri asal kulit.

Kulit Kering

Kulit pada wajah adalah salah satu bahagian anggota badan yang sangat penting. Akan tetapi, apabila kulit menjadi kering, ia akan berasa kasar, tegang, malah kemerahan, bersisik dan gatal-gatal. Sudah pastinya bagi sebahagian orang yang mengalami masalah ini akan sangat terganggu penampilannya  Tiada keyakinan diri (no self-confident) . Mengapa? Kerana dengan memiliki kulit yang kering akan membuatkan seseorang kelihatan lebih tua jika dibandingkan dengan mereka yang seusia dengannya. Sebagai contoh, apabila seseorang yang memiliki kulit kering berada di bawah sinaran matahari terlalu lama, kulitnya akan mudah menjadi kering dan senang terbakar atau menjadi gelap. Kulit akan kelihatan kusam dan berkedut!

Ada beberapa sebab untuk kulit wajah bertukar menjadi kering dan memahami perkara ini dapat membantu anda untuk mencari penyelesaian yang berkaitan dengannya.


Kulit Kering dan Hubungannya Dengan Jenis Kulit Muka

Kulit wajah jenis kering adalah keadaan biasa kita dengar, walaupun ada sesetengah orang lebih cenderung kepadanya daripada orang lain. Terdapat empat jenis kulit wajah yang perlu anda tahu ialah normal, berminyak, kering atau kombinasi.  Apabila manusia semakin berusia, mereka harus mengambil tahu bagaimana penuaan kulit berlaku → kesan kepada kulit.

  • Kulit wajah jenis normal ialah merujuk kepada kulit yang terjurus kepada kekeringan atau pun berminyak. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah normal bertukar menjadi kering (boleh rujuk bab ‘Penyebab Kulit Wajah Kering’ di bawah).
  • Kulit Wajah Jenis Kering ialah wajah yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi kering dan selalunya merasa tegang dan sedikit kasar di kawasan tertentu.
  • Kulit Wajah Jenis Berminyak adalah kurang kemungkinan untuk menjadi kering, kecuali untuk kes tertentu seperti basuh muka berlebihan, atau mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah.
  • Kulit Wajah Jenis Kombinasi lebih cenderung ke arah kekeringan di kawasan tertentu pada muka, terutama sekali pada bahagian pipi, sementara kawasan T-zone pula berminyak.
Kulit wajah kering boleh menjadi kasar malah bersisik menjadikan rasa gatal.
Kulit wajah kering boleh menjadi kasar malah bersisik menjadikan rasa gatal.

 

Kesan & Tanda-Tanda Kulit Kering Dan Terlalu Kering

Kulit Kering

Pada peringkat awal apabila kulit mula hilang kelembapannya, kekeringan pada kulit hanya boleh disedari apabila kita merasa :

  • Tegang
  • Kasar
  • Kulit kurang anjal (elastic) dan nampak kusam atau tidak segar.

Kulit terlalu kering

Jika diperingkat awal tidak dirawat, ia akan berkembang menjadi :

  • Terlalu tegang – Kelihatan lebih kedutan dan cepat nampak tua.
  • Hampir tiada liang roma (pores) kelihatan.
  • Bersisik – Jika kulit terlalu kering, ia boleh menjadi kasar dan bersisik terutama sekali di dahi, pipi, belakang tangan, lengan dan kaki.
  • Pecah-pecah – Kulit anda mudah merekah dan terkopek, terutama dibahagian hidung, lutut dan tumit.
  • Gatal – Rasa rengsa atau radang dan terbentuknya tompokkan merah (Red patches).

Pada peringkat ini, berkemungkinan kulit yang kekeringan tadi akan cenderung menjadi garisan halus, dimana ia menjurus kepada penuaan kulit pra-matang → dan kedut  pembentukan.

Kulit kering tidak dapat mengawal penghidratan.
Kulit kering tidak dapat mengawal penghidratan.
Faktor dalaman dan luaran boleh mengganggu keupayaan penghidratan kulit dan menyebabkan ia bertambah kering.
Faktor dalaman dan luaran boleh mengganggu keupayaan penghidratan kulit dan menyebabkan ia bertambah kering.

Kulit Wajah Kering Dan Sensitif

Apabila wajah menjadi kering, ia akan cenderung menjadi sensitif, namun, kulit wajah sensitif tidak selalunya berkaitan dengan kekeringan. Adalah amat penting untuk kita elakkan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit seperti pewangi dan pewarna tiruan. Kita perlu periksa status produk itu dahulu dan pastikan jika ia telah mendapat kelulusan dermatologi untuk kulit sensitif.

Kulit Wajah Jenis Kering Dan Masalahnya

  • Dalam bahasa perubatan untuk kulit kering ialah Werosis. Asal dari Greek : ‘Xero’, bermaksud ‘kering’, dan ‘osis’ bermaksud ‘penyakit atau masalah’.
  • Keradangan kulit seperti Atopic Dermatitis  dan Psoriasis adalah juga berkait rapat dengan kulit kering.
  • Keadaan metabolik seperti kencing manis (mellitus diabetis) dan penyakit buah pinggang (kidney diseases) boleh juga akan meningkatkan risiko kulit kering.
  • Sesetengah ubat jerawat , samada topikal atau oral, akan menyebabkan kulit berminyak, senang tumbuh jerawat dan menjadi sangat kering.

Nota : Jika anda memerlukan informasi yang lebih terperinci atau tepat lagi bagi membantu anda mengenal pasti penyebab kulit anda bermasaalah, dan rawatan mana yang perlu anda pilih anda boleh gunakan alat diagnostik atau terus berjumpa pakar dermatologi untuk pemeriksaan lebih lanjut.


Memahami Punca Kulit Menjadi Kering

Kenapa kulit mudah kering? Untuk permulaan, ia amat membantu jika anda mengkaji sistem keperluan kulit anda bagaimana untuk perangkap kelembapan pada kulit. Topik pertama adalah epidermis. Lapisan paling luar kulit, dimana ia menutupi anda dari kulit kepala hingga ke hujung kaki. Anggap ia sebagai pakaian luar badan (outerwear). Walaupun ia kurang daripada milimeter tebal, epidermis mempunyai lapisan, sama seperti baju jaket anda. Lapisan stratum corneum, adalah lapisan paling atas, diperbuat daripada sel kulit mati. Sel-sel ini perangkap air dengan menggunakan pengisian (filling) mereka  natural moisturizing factors (NMFs), asid amino, dan molikul lain yang meresap air daripada udara dan menyimpan didalam sel. Dalam cuaca sejuk, sel-sel kita akan mengeluarkan lebih NMFs untuk kekal lembap [sumber : Rawlings].

Lapisan lemak duduk dibawah stratum corneum. ceramides, kolesterol dan asid lemak adalah sebahagian daripada lemak anda boleh jumpa di sini. Disusun dalam lapisan jeli dan cecair [sumber : Bonte’]. Apabila air cuba untuk diwapkan (evaporate) dari lapisan bawah kulit, ia akan terperangkap diantara molikul lemak dan tidak boleh keluar lebih jauh. Lapisan itu juga menjadikan air jauh untuk sampai ke permukaan kulit [sumber : Rawlings].

Seterusnya, kita berada di stratum granulosum. Separuh bahagian adalah hampir kedap air, sel-sel ini dijahit dengan sejenis benang protein [sumber : Bonte, Becker]. Bahagian bawahnya berair. Saluran ini membiarkan air dari lapisan yang lebih dalam masuk ke dalam lapisan ini, tetapi tidak dibiarkan terkeluar.

Dan yang terakhir sekali adalah stratum spinosum di bahagian paling bawah. Sel-sel di dalam lapisan ini tempat asid hyaluronic, gula yang mengikat pada air, dipermukaannya.

Jika kulit kita dibina untuk mengekalkan kelembapan, jadi kenapa ia kering?

Gen kita, umur kita, pengwapan dan tekanan osmotik semuanya menimbulkan perubahan pada kulit. Dan apa perbezaan yang mereka buat? Kulit kering menjadi kelabu bersama dengan sel-sel mati dan membentuk ruam dan, mungkin kita tidak perasan, rasa gatal-gatal atau sengatan.

Pengemasan enzim di kulit kita perlu berfungsi dengan baik. Apabila kulit menjadi kering, enzim ini terputus-putus, dan kulit mempunyai masalah untuk menyimpan air maka jangkitan pun terjadi. Dan orang yang mengalami masalah ini, pengeringan dan keretakan boleh membuka halangan (barrier) yang sudah lemah  mudah terkena jangkitan bakteria kulit seperti spesis Staphylococcus, untuk jangkitan monggol (gnarly infection) [sumber : Aftergut].

Terdapat banyak faktor-faktor dalaman dan luaran untuk kulit wajah menjadi kering, kesemuanya adalah penyumbang yang sama kepada proses dehidrasi kulit. Tahap keterukan keadaan kulit kering bergantung kepada jumlah dan faktor intensiti berikut :

Faktor Luaran

Faktor luaran merupakan faktor utama menjadikan kulit wajah mudah kering kerana kemerosotan halangan (barrier) lipid semulajadi di permukaan kulit. Apabila halangan *lipid ini rosak, kelembapan akan mudah diwapkan (evaporate). Kelembapan ini penting sebagai bahan pengikat (vital moisture-binding substances) akan tetapi ia mudah hilang. Apabila kelembapan semulajadi ini hilang, kulit tidak dapat mengekalkan jumlah air dalam kulit dan menjadi kering sehingga ia diisi semula, serta halangan lipid pada permukaan kulit tadi dibaiki.

Jika kulit kering tidak dirawat dengan pelembap (moisturizer) yang mengandungi faktor pelembapan yang mencukupi, proces kekeringan menjadi semakin teruk di dalam kulit wajah dan mengganggu rangkaian kelembapan dalam lapisan kulit yang lebih dalam.

Nota : Lipid (lemak) – kombinasi bersama protein membentuk halangan kulit semulajadi dimana ia bertindak untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kekotoran pada kulit.

Apabila fungsi halangan kulit semulajadi diganggu oleh faktor luaran, penguapan boleh berlaku dengan lebih mudah.
Apabila fungsi halangan kulit semulajadi diganggu oleh faktor luaran, pengwapan boleh berlaku dengan lebih mudah.
Kulit mengurangkan level kelembapan disebabkan jumlah Aquaporins yang terhad.
Kulit mengurangkan level kelembapan disebabkan jumlah Aquaporins yang terhad.

Pencetus Luaran

Pencetus luaran yang utama adalah persekitaran. Cuaca, udara dan bahan kimia disekeliling kita juga memberi tekanan keatas kulit. Rutin penjagaan kulit yang tidak bersesuaian. Kulit wajah secara amnya lebih terdedah kepada faktor luaran ini yang menyebabkan kulit wajah cepat kering lebih banyak kekerapannya berbanding kulit di seluruh badan :

  1. Persekitaran
  • Keadaan cuaca yang teruk – panas, sejuk dan udara kering.
  • Perubahan musim – Simtom kulit kering adalah lebih biasa dalam bulan musim sejuk dan musim panas.
  • Pancaran matahari Ultraviolet (UV) – boleh meningkatkan kadar penuaan kulit , dan kulit menjadi mudah berjerawat kepada kekeringan → penuaan pra-matang.

2. Penjagaan Kulit

  • Terlalu kerap membasuh muka, atau terlalu lama mandi atau berendam dalam air panas, mandi dalam kolam yang mengandungi jumlah klorin yang tinggi juga boleh melenyapkan banyak lipid pada kulit.
  • Rutin penjagaan wajah yang tidak bersesuaian – Ia adalah penting untuk mengikut rutin, kegunaan produk, yang bersesuaian untuk kulit kering. tidak menggunakan sabun yang kuat (harsh soap) yang boleh menanggalkan lipid (fat) asli pada kulit. Kandungan dalam sabun, kosmetik atau pencuci muka yang tidak bersesuaian juga boleh merosakkan kulit.
Suhu sejuk adalah faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi perubahan fisiologi.
Suhu sejuk adalah faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi perubahan fisiologi.
Sesetengah sabun / pencuci muka boleh menanggalkan lipid kulit semulajadi - gunakan produk yang bersesuaian untuk kulit kering seperti yang disarankan.
Sesetengah sabun / pencuci muka boleh menanggalkan lipid kulit semulajadi – gunakan produk yang bersesuaian untuk kulit kering seperti yang disarankan.
  • Menggunakan pembersih dan agen pembersih beralkohol yang berlebihan juga boleh menyebabkan kulit senang menjadi kering.

3. Perubatan

Sesetengah ubat-ubatan ada kesan sampingan yang boleh menggubah keseimbangan air dalam kulit. Ubat-ubatan untuk mengawal darah tinggi, atau dikenali sebagai diuretics, dikenali untuk kesan sampingan ini. Selalu semak dan pastikan dengan doktor atau farmasi jika anda mengambil berat tentang ubat anda ambil itu yang boleh menyumbang kepada kulit kering.

Faktor Dalaman
  1. Pengaruh genetik/keturunan

Setiap orang ada set gen yang unik, yang menentukan karaktor atau sifat kulit seperti jeragat, lembapan dan jumlah lipid. Ini bermaksud, dibawah keadaan yang sama, lain orang ada berlainan kelembapan dan tahap lipidnya didalam kulit mereka. Individu yang berkulit cerah adalah lebih cenderung mendapatkan kulit kering berbanding dengan individu yang mempunyai kulit gelap. Tambahan, penyakit seperti Atopic Dermatitis , Psoriasis, diabetes dan ichthyosis sering, tapi tidak semestinya, mempunyai hubungan genetik.

2. Pengaruh Hormon

Apabila tahap hormon ini berubah, sebagai contoh semasa remaja atau akhir baligh dan menopos, keseimbangan kelembapan kulit boleh terjejas. Semasa menapos jumlah oestrogen dalam badan berkurangan, dan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kulit kering juga akan berlaku semasa mengandung.

Perubahan hormon disebabkan mengandung boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Perubahan hormon disebabkan mengandung boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

3. Umur

Apabila umur kita bertambah, kulit kita bertambah teruk dalam mengekalkan kelembapan. Selepas zaman remaja, kita membuat kurang molekul untuk memerangkap air didalam kulit. Hampir kesemua lapisan epidermis menjadi lebih pasif atau mandol : kita mengeluarkan kurang faktor pelembap semulajadi, kurang ceramides dan kurang asid hyaluronic. Dan apabila umur meningkat 50 ke 70, tompokan kulit kering muncul walaupun pada tangan yang paling sihat, kata Dr. Kent Aftergut, penolong professor dermatology di University Texas.

4. Penuaan Kulit Pra-Matang

Penuaan kulit  terjadi secara semulajadi dengan pertambahan umur. Namun, tidak melindungi dan membiarkan kulit terdedah terlalu lama kepada cahaya ultraviolet (UV) boleh menambahkan kadar penuaan kulit pra-matang, sekali gus membawa kepada pembentukan garisan halus dan kedutan pra-matang.

Apabila umur meningkat, struktur kulit semakin lemah dan kedutan semakin dalam.
Apabila umur meningkat, struktur kulit semakin lemah dan kedutan semakin dalam.

5. Diet

Kulit memerlukan pelbagai jenis nutrisi, asid lemak tak tepu dan vitamin untuk ia berfungsi dengan baik. Kurang nutrisi seperti Vitamin A dan B dan diantara bahan-bahan lain akan menjadikan kulit mudah kering dan kusam.


Faktor yang boleh menyumbang ke arah kulit kering

Berikut merupakan faktor tambahan kepada sebab utama kulit wajah menjadi kering, ada beberapa faktor lain juga yang boleh menjejaskan tahap keterukkan kepada kulit wajah kering. Kesedaran ini dapat membantu kita bagi mengelakkan dan juga dapat mengurangkan kesannya.

  1. Kurang rawatan yang berkesan

Penggunaan produk kecantikan atau kosmetik yang kurang tepat untuk kulit anda,  sehingga menimbulkan efek berupa kulit kering.

Jika kulit wajah yang kering tidak dirawat dengan betul, atau kurang berkesan pelembap (moisturizer) yang digunakan, keadaan kulit kering akan bertambah teruk, malah tidak menunjukkan sebarang peningkatan walaupun sedikit. Ini adalah kerana proses kekeringan itu telah menjejaskan ringkaian kelembapan terus lebih mendalam ke lapisan kulit, yang membekalkan kelembapan untuk lapisan atas kulit.

2. Terdedah kepada cahaya matahari

Berlebihan terdedah kepada pancaran matahari boleh menambahkan kekeringan pada kulit wajah. Oleh itu sangat penting untuk memilih pelindung matahari yang khusus untuk kulit kering →, dimana ia mengandungi pelembap aktif tambahan yang bersesuaian dengan Sun Protection Factor (SPF) . Disarankan juga menggunakan pelindung matahari, dan juga produk penjagaan kulit yang lain, tidak mengandungi bahan pewangi dan pewarna tiruan yang boleh merengsakan kulit, terutama sekali pada wajah, kerana ia lebih mudah sensitif berbanding kulit normal.

Terutama sekali kulit kering yang sensitif , tidak sepatutnya terdedah kepada pancaran UV ray - ia boleh mengeringkan kulit dengan lebih teruk lagi.
Terutama sekali kulit kering yang sensitif , tidak sepatutnya terdedah kepada pancaran UV ray – ia boleh mengeringkan kulit dengan lebih teruk lagi.

3. Jenis pekerjaan

Keadaan pekerjaan atau aktiviti tertentu yang memerlukan kita berada dalam keadaan yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering, sebagai contoh, aktiviti sukan di luar bangunan, berkebun, atau bercuti di tempat yang bercuaca sejuk.

Waktu tengahari merupakan waktu pancaran yang paling terik atau panas, ia patut dielakkan dalam apa jua keadaan - terutama sekali yang berkulit kering.
Waktu tengahari merupakan waktu pancaran yang paling terik atau panas, ia patut dielakkan dalam apa jua keadaan – terutama sekali yang berkulit kering.

4. Dehidrasi

Jumlah kelembapan didalam kulit berkait rapat dengan jumlah air yang dibekalkan oleh badan. Oleh itu, apabila badan dihidrasi, ia tidak mendapat jumlah bekalan air yang mencukupi kepada kulit.

Orang-orang yang mudah terdedah kepada dehidrasi adalah orang-orang tua, kerana perasaan atau keingginan haus lenyap dengan umur, dan orang yang melakukan kerja manual atau yang terlalu kerap bersenam.

5. Merokok

Toksik dalam asap rokok, termasuk nicotine, akan mengurangkan perjalanan darah. Ia menyebabkan metabolisma semakin lambat didalam kulit. Ia boleh mengeringkan kulit dan penuaan pra-matang.


Apakah penyelesaian untuk kulit wajah kering?

Elakkan Faktor Peyumbang

Dalam tambahan untuk mendapatkan rutin cucian dan kelembapan yang baik, elakkan faktor penyumbang ke kulit kering adalah penting. Ia akan menolong mengurangkan impak ke kulit kering dan keperluan untuk rawatan.

  • Banyakkan minum air – Seperti yang sudah kita ketahui bahawa air merupakan sumber kehidupan baik untuk manusia mahupun tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Dengan mengambil air yang mencukupi dapat membantu untuk mencegah terjadinya kulit yang kusam dan kering. Disarankan, mengambil air sebanyak 2.5 liter sehari atau lebih kurang 8 gelas akan membuatkan tubuh anda menjadi segar dan kulit pun akan lebih lembut dan bersih.
  • Jangan scrub semasa mandi atau keringkan badan menggunakan fabrik yang kasar.
  • Gunakan pelembap kulit –  Cara mengatasi kulit kering yang paling mudah untuk anda lakukan adalah selalu menggunakan pelembap (moisturiser) bersama pelindung matahari setiap hari selepas mandi. Jika anda bekerja di tempat yang berhawa dingin (aircon), pakailan pelembap badan (body lotion) yang berasaskan air untuk menggekal kelembapan kulit anda. Minyak sapuan dan krim lebih baik berbanding lotion untuk kulit kering. Ulang sapuan bila perlu.
  • Jangan lupa krim malam sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Pakai sarung tangan (glove) apabila menggunakan agent pencuci, pelarut (cloroc) atau sabun cuci rumah.
  • Elakkan produk yang mengandungi alkohol, ia akan menjadikan kulit lebih kering.
  • Buah yang mengadungi Vitamin A dan C – Vitamin A dan C merupakan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan tubuh dan kulit, dan kedua vitamin ini dapat di ambil dari buah-buahan yang segar seperti buah papaya, mangga, epal, pisang, strawbery, kiwi dan buah limau yang sudah terkenal sebagai buah yang diperkaya dengan Vitamin C.
  • Makanan yang mengandungi Vitamin E – Vitamin E merupakan kandungan vitamin yang sangat baik untuk menutrisi kulit tubuh seperti dapat menjaga kelembapan kulit, meningkatkan keelastikan kulit serta menganjalkan kulit. Pengambilan Vitamin E dapat diperolehi daripada kekacang seperti kacang almond dll.
  • Elakkan udara kering dengan kurangkan masa diluangkan di luar rumah dalam cuaca sejuk dan panas, dan gunakan humidifier dalam rumah apabila aircon terpasang  dan jangan biarkan suhu dalam bilik terlalu panas.
  • Kurangkan masa terlalu lama dalam air panas dengan mengambil mandi cepat bukannya mandi terlalu lama. Biasakan untuk selalu membersihkan badan dengan cara mandi paling kurang 2 kali sehari dengan mengunakan air yang sedikit hangat, hal ini bertujuan agar kulit anda terhindar daripada masalah kulit kering dan kusam. Dengan rutin ini, ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan terasa lebih lembut.
  • Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut (mild) dan bebas / tanpa pewangi, pewarna dan parabens untuk mengelakkan rengsaan kulit.

Mengatasi Kulit Kering Dengan Bahan Semulajadi

Kulit kering adalah salah satu gangguan pada kulit wajah yang sangat mengganggu penampilan dan membuat penampilan kita menjadi kurang menarik. Selain kulit nampak kasar dan juga berkedut, kulit kering akan menyebabkan makeup diwajah menjadi kurang rapi atau sempurna. Biasanya, kulit kita menghasilkan minyak (sebum) yang dapat membantu mencegah terjadinya kelembapan di permukaan kulit hilang. Namun, banyak hal yang boleh mengurangi penggeluaran minyak semulajadi pada kulit kering. Penggunaan sabun muka yang tidak bersesuaian, dan juga tidak menggunakan pelembap secara teratur dan sebagainya. Selain itu juga untuk memilih produk penjagaan wajah yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit iaitu diformulakan secara khas dalam membantu menghidrasi serta untuk melembapkan kulit anda yang kering.

Rawatan Menggunakan Bahan Semulajadi

Untuk membantu mengatasi kulit kering dengan bahan semulajadi, maka anda boleh membuatnya sendiri dirumah. ia menjimatkan serta mudah dilakukan pada bila-bila masa.

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah salah satu jenis minyak esensial yang sangat baik sebagai pembersih wajah dan juga untuk melembapkan kulit yang kering. Caranya juga mudah, anda hanya perlu sapu minyak zaitun pada wajah secukupnya dengan rata, dan setelah itu anda boleh rasakan sensasi kelembapan yang dihasilkan oleh minyak zaitun.

2. Buah alvokado

Anda juga boleh mencuba menggunakan buah alvokado sebagai mask. Caranya adalah ambil 1/2 biji buah alvokado dan 1 sudu teh minyak zaitun serta 1 sudu besar madu asli. Campurkan bahan-bahan ini dan jadikan mask. Biarkan selama 15 – 20 minit dan cuci muka menggunakan air suam. Ia sangat baik bagi membantu memberikan kelembapan di kulit wajah secara semulajadi.

Anda juga boleh mencuba membuat mask daripada campuran alvokado dan yogurt. Campurkan 1 biji buah alvokado yang ditumbuk lumat bersama 4 sudu besar yugurt plain, sapu pada wajah anda dan biarkan 10 – 15 minit, kemudian bilas menggunakan air suam. Ia bagus untuk membekalkan nutrisi yang baik bagi kulit agar nampak lebih sihat dan juga bercahaya.

Disarankan memakai mask paling kurang sekali seminggu untuk kesegaran kulit.
Disarankan memakai mask paling kurang sekali seminggu untuk kesegaran kulit.

3. Gula perang dan minyak zaitun

Campurkan diantara 1/2 cawan gula perang dan 2 sudu besar minyak zaitun sebagai scrub yang fungsinya baik untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga boleh melembapkan kulit yang kering. Anda juga boleh menambahkan minyak lavender untuk memberi efek sensasi aromaterapi.

4. Oatmeal

Oatmeal merupakan makanan sihat yang sudah lama dikenali sebagai makanan asli yang baik untuk membantu menanggalkan sel kulit mati. Caranya adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar oatmeal bersama 1 sudu besar madu asli dan sedikit air, setelah itu gosokkan pada wajah dengan lembut. Ia amat berkesan untuk lembapan kulit.


Produk penjagaan kulit

Kulit wajah yang kering atau yang terlalu kering memerlukan rutin penjagaan kulit yang komprihensif, termasuk menggunakan pencuci kulit yang sesuai, pelembap (moisturizer) dan pelindung matahari (sunscreens). Pembersih kulit yang berasaskan air bersama faktor tambahan lembapan yang sesuai untuk kulit kering dan terlalu kering, sementara pembersih muka berasaskan minyak adalah sesuai untuk penjagaan kulit yang terlalu kering dan terlalu teruk keringnya, termasuk Atopic Dermatitis .

Cucian kulit wajah kering atau terlalu kering

Lembut tetapi amat berkesan merupakan syarat penting untuk penjagaan kulit normal ke kulit kering, begitu juga untuk kulit yang mudah berjerawat →, dan Atopic Dermatitis . Yang penting adalah rutin harian pembersihan wajah yang teratur dan tidak berlebihan serta pelembap yang bersesuaian – wajah yang dibasuh bersih dapat memastikan epidermis berfungsi dengan baik dengan meresap dan menahan kelembapan secara berkesan.

Lebih kelembutan (extra mild) Ciracle Anti Blemish Teatree Wash → Teatree Wash membantu untuk menghilangkan jerawat dan noda kulit, mengelakkan kejadian jerawat baru, dan kulit akan bebas jerawat. Ia merupakan sabun pembersih yang lembut dan mempunyai formula yang tidak mengeringkan kulit dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia boleh menanggalkan minyak berlebihan pada kulit dan dalam masa yang sama membantu untuk mengekalkan kelembapan seimbang kulit anda . Senang dibilas menjadikan kulit selembut sutera.

Untuk kulit kering dan sensitif.
Untuk kulit kering dan sensitif.

Atau anda boleh mencuba produk dari Klair Rich Moist Foaming Cleanser . Pencuci yang boleh seimbangkan kandungan asid kulit dengan menjaga tahap kelembapan kulit selepas cucian muka. Ia merupakan pencuci muka hypoallergenic mengandungi bahan rendah pengelupasan yang boleh merengsakan kulit untuk kulit sensitif agar anda merasa tektur kulit licin dan bersih. Pencuci wajah Hypoallergenic ini baik untuk orang yang mempunyai kulit kering dan sensitif dan dalam masa yang sama boleh melembapkan kulit.

Ia bebas daripada kandungan tiruan – Tiada alkohol, tiada paraben, tiada ujikaji haiwan, dan tiada pewarna tiruan. Menggunakan pengawet mesra alam untuk mengurangkan sensitiviti kepada kulit.

Asid hyaluronic dan estrak daun aloevera yang popular sebagai kandungan yang terbaik untuk hidrasi dan komponen penting dalam kulit, terlibat didalam pembaikan sel tisu kulit.

Minyak pokok daun teh dan estrak houttuynia cordata kandungan penting untuk merawat masalah kulit, berkesan digunakan untuk perbagai keadaan dermatologik seperti jerawat, kudis dan jangkitan kulit.

Sabun muka berasaskan air dan minyak boleh digunakan untuk kulit kering ke kulit sangat kering.
Sabun muka berasaskan air dan minyak boleh digunakan untuk kulit kering ke kulit sangat kering.

 

img_5104

Prpduk penjagaan kulit yang sesuai dapat memberikan kulit kering penghidratan dan khasiat yang mencukupi.
Prpduk penjagaan kulit yang sesuai dapat memberikan kulit kering penghidratan dan khasiat yang mencukupi.

Penjagaan untuk kulit kering yang mengalami penuan

Menjaga kulit yang mengalami penuan memerlukan kita menaggani punca lazim oleh penuaan kulit itu sendiri . Apabila kulit mengalami penuan, kekeringan kulit disebabkan oleh sinaran UV menyumbang kepada meningkatan garisan halus dan kedutan , hilang volum kulit → dan ketumpatan serta seri. Pastikan rutin penjagaan kulit kita berkesan, terutama untuk melembap dan melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB malah ia sangat penting. Tambahan lagi, penuaan kulit selalunya memerlukan hidrasi kulit yang baik bagi mengurangkan kemunculan, atau mengelakkan pembentukan kedut di kemudian hari.

Cosrx Hyaluronic Acid Intensive Cream bagus untuk kulit kering dan yang terlalu kering.
Cosrx Hyaluronic Acid Intensive Cream bagus untuk kulit kering dan yang terlalu kering.

Galactomyces Alcohol-Free Toner adalah toner bebas alkohol untuk kesan yang maksimum tanpa merengsakan kulit.

Ciri-ciri

Bebas alkohol dan menggunakan air mineral mengurangkan kerengsaan kulit dan memaksimumkan kelembapan kulit, COSRX Galactomyces Alcohol-Free Toner menggunakan teknologi penapaian bahan Galactomyces untuk kesan maksimum termasuk untuk kelembapan, pembaharuan dan meremajakan kulit serta memberi kesan toning agar warna kulit sekata.

Kegunaan :

  1. Digunakan selepas mencuci muka pada waktu pagi dan malam.
  2. Gunakan jumlah yang mencukupi pada cotton pad (cukup dengan basahkannya) dan urut perlahan-lahan dari dalam ke luar penjuru muka, biarkan ia meresap penuh pada kulit.

Kandungan

Mineral Water, Galactomyces Ferment Filtrate, Butylene Glycol, 1,2 – Hexanediol, Betaine, Panthenol, Allantoin, Sokium Hyaluronate, Cassia Obtusifolia Seed Extract dan Ethyl Hexanediol.

COSRX Hyaluronic Acid Hydra Power Essence khusus dalam penjagaan hidrasi kulit. Ia mengisi lapisan kulit dengan kelembapan, membantu menyimpan sumber asli kelembapan dalam lapisan kulit. Ia mengandungi 4,000 ppm Sodium Hyaluronate, komponen kelembapan asli. Jika anda memiliki kulit yang kasar dan kering, Hyaluronic Asid Hydra Power Essence akan melicinkan dan melembapkan kulit anda.

Hyaluronic Acid Hydra Power Essence adalah bebas daripada komponen tiruan yang boleh merosakkan kulit, seperti parabens, pigments tiruan, wangian sistetik, TEA (Triethanolamine) dan phthalate. Anda boleh gunakan ia tanpa rasa risau tentang essence merosakkan kulit. Ia selamat digunakan pada semua jenis kulit.

Ciri-ciri

Kandungan utama disesuaikan/khas untuk hidrasi maksimum.

Hyaluronic Acid Hydra Power Essence menghapuskan bahan-bahan toksik untuk memberi keselamatan. Bukan setakat itu sahaja, ia terdiri daripada bahan-bahan yang selamat dengan meminimumkan jumlah kandungan ke 7.

  1. Hyaluronic Asid(sodium hyaluronate)

Ia adalah bio-sintesis bahan-bahan komponen semulajadi hadir didalam kulit kebanyakkan manusia, yang terdiri daripada amino asid dan uronic asid. Ia adalah penting untuk mengekalkan umur kulit sambil membantu untuk menahan 100 – 1,000 kali ganda berat air didalam sel kulit, menjadikan ia pelembap yang terbaik.

Ia bertindak sebagai kesan pelembap pada kulit. Ia banyak diguna pakai dalam produk kosmetik kerana fungsi ini. Mengawal pembolehubah tindakan biologi dalam respon terhadap CD44 protien adalah ekpresif didalam pembolehubah kepada sel epithelial. Ia mengeluarkan ikatan air untuk menjaga kelembapan kulit yang terbaik.

2) Sea-Buckthorn water

Nama saintifik : Hippophae rhamnoides.

Tempat Kegunaan : Akar, daun dan buah.

Kharaktor : Selalunya sea-buckthorn ada ranting yang keras dan padat, dan sangat berduri. Daunnya berbeza pucat hijau-perang, berbentuk pisau pembelah (lanceolate), 3-8 centimeters (1.2 – 3.1 in) panjang dan kurang dari 7 milimeter (0.28 in) luas.dioecious, bersama berlainan pokok jantan dan betina. Pokok betina mengeluarkan buah seperti oren-berry, lembut, berair dan diperkaya dengan minyak.

Manfaat : Sea Buckthorn adalah sumber tambahan  untuk Vitamin C, A dan E, beta-carotene, mineral, amino asid, dan fatty asid. Mengandungi 200-800 kali ganda kepekatan Vitamin daripada buah epal, Sea-Buckthorn juga dikenali sebagai bagus untuk anti oksiden digunakan secara perubatan traditional untuk memperlahankan proces penuaan dan membantu keupayaan pembiakkan sel. Pokok Sea-Buckthorn ekstrak menembusi jauh kedalam kulit dan menyimpan kelembapan didalam sel kulit anda.

TIPS :

Anda boleh maksimumkan efek hidrasi dengan menggunakan Hyaluronic Acid Intensive Cream selepas rutin terakhir penjagaan kulit.

Anda boleh campurkan 1 – 2 titik Hyaluronic Acid Hydra Power Eccence bersama Vitamin C essence atau minyak pelembap untuk hidrasi yang lebih tinggi.

Kandungan

Hippophae Rhamnoides Water, Butylene Glycol, Glycerin, 1,2 – Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol dan Ethyl Hexanediol.

COSRX Hyaluronic Asid Intensive Cream adalah pelembap yang secara lembut menghidrat dan melindungi kulit, ia menjadikan kulit anda menghidrat dengan mendalam, ringan dan secara uniknya ia direka untuk melicinkan kulit.  COSRX Hyaluronic Acid Intensive Cream boleh digunakan sebagai lotion adalah pelembap ringan. Pemakaian secara teratur dapat menjadikan kulit lebih lembut, sihat, dan bersinar.

Ciri-ciri

Hyaluronic Acid Intensive Cream mengadungi 3,000ppm jumlah Sodium Hyaluronate dimana ia merupakan kandungan kelembapan asli. 

Melindungi halangan kelembapan (barrier seals) dan mengelakkan pengwapan berlaku pada kulit. Ringan tetapi krim pelembap kuat untuk menyimpan lembapan dan mengelakkan kulit berminyak. “Cukup dengan formula kelembapan, kulit dapat meresap semua vitamin dan hyaluronic asid.” Hyaluronic acid intensive cream adalah cream pelembap diisi dengan bahan-bahan pengawal lembapan seperti Hippophae Rhamnoides Water (juga dikenali sebagai pokok vitamin) dan hyaluronic asid, dan juga komponen yang menyekat kehilangan lembapan. Hyaluronic Acid Intensive Cream tidak berat, boleh digunakan sebagai lotion, dan memindahkan kelembapan yang banyak dan kelembutan pada kulit yang tidak stabil (flaky).

Cara Menggunakannya

Selepas cucian muka, ambil sedikit jumlah diatas permukaan kulit pada langkat terakhir asas penjagaan kulit. Ratakan krim di atas kulit muka sehingga meresap penuh.

Kandungan

Hippophae Rhamnoides Water, Glycerin, Butylene Glycol, Caprylic/Capric Triglyceride, Betaine, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed oil, Cetearyl Alcohol, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Macadamia Ternifolia Seed Oil, 1.2 – Hexanedoil, Sokium Hyaluronate, Arginine, Panthenol, Dimethicone, Ethythexylglycerin, Carbomer, Allantoin, dan Xanthan Gum.

Cara Penggunaan Produk

  1. Setiap hari guna pencuci muka ⇒ Toner  Essence  Hyaluronic Acid Intensive Cream  Sun Screen  Foundation
  2. Langkah penbersihan pelembap mendalam  Toner  Essence  Hyaluronic Acid Intensive Cream  Face oil atau Essence

*Campurkan bersama face oil atau essence dan guna sebagai krim urutan wajah untuk penjagaan kulit di waktu malam yang lebih berkesan.

 

About Kak Aishah

ME | Hello! Aishah sini dan mase menulis blog ni umur dah forty-something Ampang-based blogger (baru nak jadi!). ada anak 3, a beauty junkie, dan an excellent writer of complaint letters. There isn't much more to know. I'm a fan of minimalist makeup, minimalism in general, and enjoy typing out posts on a bit of everything, from food to fitness and beauty to favorite tv dramas, currently minat yang cite Korea lah. THE BLOG | Yeppeun Yeoja began as an occasional creative outlet, a place where I can discuss the products I believe in with other women. I test products thoroughly before reviewing (especially skincare) and only ever recommend what I truly believe in. "From head to toe, beauty tips that will transform you". Jika anda tak tau produk mana yang bagus, nak minta pendapat atau saja nak say Hai! look no further than Yeppeun Yeoja. Saya akan menjawab sebaik mungkin. YOU | It completely makes my day to hear that you've discovered a product you love via my ig or blog. I know what an overwhelming and expensive minefield the beauty industry can be and hope that sharing my experiences helps you find the best products for you. Interaction with you is what drives me, so thank you for being here. Please leave a comment on my blog, Facebook or instagram, no matter how daft you think it sounds. It's always reassuring to know that someone out there is reading - and if there's anything you'd like me to feature, I'm all ears! Take a look around, it's always nice to have readers. Love, Yeppeun Yeoja November 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top