Fakta Penting Jika Anda Terlalu Kerap Menyentuh Muka

Anda mungkin sedang melakukannya sekarang.

Seperti anda juga, saya menghabiskan banyak masa dimeja komputer, dan secara tidak sedar kita sentuh kulit muka. Ye saya tahu ia bukan dosa besar pun… saya faham sangat dengan perasaan anda. Memang geram betul bila lihat jerawat bermaharajalela di wajah kita.  Muka dah elok bersih, tapi bila jerawat datang ‘menyinggah’, habis rosak penampilan kita dibuatnya! Tapi ialah perbuatan diluar kawalankan… Ia adalah sikap semula jadi kita.

Namun mungkin fakta ini boleh mengubah pendirian anda;

1. Parut, oh . . . parut!

“Apabila anda sentuh muka, ada kebarangkalian kita meraba satu muka, picit dan garu mana-mana tempat yang ada benda-benda yang tak sepatutnya ada. Lepas tu kita gentel, picit tanpa sedar. Memicit jerawat, blackheads atau whiteheads, boleh menyebabkan masalah itu bertambah teruk.  Jerawat boleh muncul dan hilang dengan sendirinya namun menurut pakar kulit, radang teruk akan berlaku pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Parut hitan juga akan kekal lama pada kulit sebelum ia pudar dari masa ke masa. Mungkin boleh makan masa berbulan nak hilang. Lepas itu kene cari ubat lain untuk menghilangkan parut itu pula.

2. Ia boleh menyebabkan tumbuh jerawat baru . “Menurut kajian, manusia suka menyentuh wajah lebih daripada 3 kali sejam. Apabila kita menyentuh handphone, tonggol pintu, kasut, dll, tangan kita akan membawa berjuta-juta kuman. Ingat, tangan dan jari-jemari adalah tempat pembiakan bakteria paling banyak! Dalam sehari macam-macam benda yang dipegang dan disentuh oleh tangan. Sebab tu kita tak digalakkan menyentuh muka dengan tangan atau jari, apa lagi memicit jerawat. NO! Jadi elakkan kuman-kuman ini merebak pada muka, kerana ia boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat-jerawat yang tidak diingini.”

3. Anda mungkin terkena jangkitan flu. “Satu cara terbaik bagi mengelakkan terkene jangkitan virus, seperti selsema, adalah elakkan menyentuh muka.  Tangan anda munking ada influenza, but jika anda tidak menyentuh mata, hidung dan bibir, anda tidak memindahkan virus itu pada diri anda.”

4. Terlalu kerap tengok cermin. “Perempuan memang tidak boleh lekang dengan cermin. Sebuk belek muka. Masa tu lah suka raba itu, picit ini, garu sana sini. Elakkan juga menggunakan bilik air terlalu lama kerana apabila kita luangkan masa terlalu lama, maka terjadilah kejadian nak belek muka dengan lebih lama.

Tip simple untuk hentikan tabiat ini .

Minta tolong kawan
Tanya kawan atau sesiapa yang berdekatan bila kita terasa nak sentuh muka. Manusia selalunya mengingatkan kita supaya supaya tak melakukan habit ini.

Bawa saputangan atau tisu muka 
Jadikan habit  membawa saputangan atau tisu muka agar kita tidak menyentuh muka terus. Sekiranya terpaksa, boleh menggunakan bahagian atas tangan untuk mengesat peluh agar mengurangkan kebarangkalian penyebaran kuman dan kotoran. Namun, ia bukanlah jaminan.

Basuh muka
Basuh muka dengan kerap menggunakan air yang bersih. Jika muka sentiasa dalam keadaan bersih jadi mengurangkan rasa tidak selesa, gatal-gatal. Dan pastikan tangan sentiasa bersih sebelum hendak menyentuh muka.

Pore Care

Disebabkan cuaca di negara kita panas, liang-liang pori tidak berdaya tahan (resilient). Lebih banyak sebum akan dihasilkan apabila cuaca semakin panas. Anda mungkin akan rasa pore anda semakin membesar. Apabila perkara ini terjadi, maka apabila kita menggunakan make-up, kulit tidak menerima makeup dengan baik. Muka nampak bercapuk,  tak rata. tak cantik.

Jadi, bagaimana kita nak menanggani masalah ni?

Kebanyakkan masalah boleh diselesaikan dengan membersihkan lapisan horny dengan teratur. Cara yang paling mudah adalah scaling. Ia boleh tenangkan kan kulit. Ia boleh dilakukan dirumah.Guna produk yang tidak stimulating ( merangsang) dan tidak mempunyai sebarang aditif. Itu yang paling mudah dan berkesan.

Fokus pada menghilangkan benda asing atau kotoran pada wajah seperti bintik hitam sementara membersihkan kekotoran yang terperangkap dalam liang terbuka tu. Buat rutin ini setiap hari.

Bahan

Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan untuk menanggani masalah ini. Tujuannya untuk mengawal minyak (sebum) dan mengetatkan liang. Ia juga berfungsi untuk mengaburkan garis liang yang disebabkan oleh rembesan sebum yang berlebihan.

Egg packs (telur) dan Mud Packs (lumpur) sangat polular sekarang. Ada juga packs terbaru menggunakan charcoal dan volcanic ash ( debu gunung berapi).

Charcoal / arang mempunyai banyak functions. Ia akan menarik dan keluarkan benda asing. That’s why ia banyak digunakan.

Debu gunung berapi pula mempunyai banyak mineral. Ia membantu meremajakan kulit membuatkan ia lebih bersih.

Skin care

Should i tell you my know-how?

  1. Guna natural peeling gel untuk exfoliation. Guna jari tengah dan manis. Mulakan pada bahagian dahi, kemudian pipi dan hidung. The wrinkles di bahagian mulut dan bibir. Gunakan gerakan bulatan dan urut.

2. Selepas itu, bilas bersih. Ia menanggalkan sel kulit mati.

Sekarang anda telah membasuh muka, Guna face towel yang telah di steam. Ia membuka liang roma untuk kesan penyerapan yang lebih baik.

3. Gunakan Mask atau pore pack sekali atau dua kali seminggu selepas pembersihan.

4. Cara untuk menggunakan produk ini : Oleskan pada dagu, pipi dan dahi, hidung, diatas bahagian mulut dan bahagian bawah dagu. Elakkan kawasan mata dan bibir.

Ada alasan untuk ikut turutan ini.

Suhu pada permukaan kulit wajah tidak sama.

Pada bahagian pipi adalah yang paling panas. Jadi di kawasan pipi ini cepat kering berbanding daripada kawasan wajah yang lain.

Pastikan lapisan sapuan pack lebih tebal pada bahagian pipi dan lapisan yang nipis pada T-zone dan U-zone. Konsistensi sangat penting. Jadi kesemua bahagian akan kering secara konsisten.

Apabila topeng kering (tunggu 15 – 20 minit). Bilas dengan air suam. Saya sarankan anda menggunakan span untuk menghapuskan topeng dengan lebih berkesan.

Kulit anda akan kelihatan lebih clearer, bersih dan licin.

Sapu toner untuk balancekan balik kulit.

Nota :

Ujian klinikal dilakukan pada penggunaan product diatas telah menunjukkan bahawa 93% daripada responden merasakan kulit mereka telah mengetatkan manakala 91% daripada mereka berkata kulit mereka merasa lebih licin dan lembut selepas basuh muka.

Korean Celebrities Who Don’t Age

Sesetengah orang ada yang tidak dimakan usia….

Let’s face it, some people age better than others. Dan semestinya tidak salah untuk mendapatkan khidmat specialists looking after your skin, ramai selebriti buat, but i’m telling you — some of them seem to never age. Like. ever.

Saya ada buat sikit kajian untuk beberapa artis Korea yang saya minat mengenai petua atau rahsia untuk kekal muda dan cantik – sesetengahnya definitely mudah untuk diikut dan tidak perlu berbelanja lebih. Ada cara rutin penjagaan yang simple, yang complex pun ada, dan yang lain tu wacky. Yang paling best sekali; anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ia hanya perlu dedikasi untuk menjaga tubuh badan agar kekal sihat dan oleh kerana ia merupakan organ terbesar : maka jaga ia dengan baik sebaik mungkin.

Jom, semak beberapa tips untuk kulit nampak lebih muda tanpa perlu berbelanja lebih!

1. Bae Jong-ok

Umur : 53

Anda mungkin nampak Bae Jong-ok dalam drama seperti Worlds Within lakonan Hyun Bin dan Song Hye Kyo atau That Winter The Wind Blows bersama dengan Jo In Sung dan Song Hye Kyo. Drama terbaru beliau dalam astro Unknown Woman (2017).

Sudah hampir 30 tahun sejak beliau mula berlakon, dan ibu kepada seorang anak perempuan ni somehow looks almost exactly the same mase dulu-dulu lagi. Beliau mengamalkan pescetarianish diet. Pescetarianish diet atau Pesco-vegetarianish adalah amalan mengikut diet yang terdiri daripada ikan atau produk makanan laut yang lain. Kebanyakkan pescetarians mengekalkan *vegetarian lacto-ovo diet dengan tambahan ikan dan kerang.

Beliau juga penggemar pilate sejak dari dulu lagi untuk mengekalkan bentuk badan beliau.

* Lacto-ovo vegetarian – vegetarian yang tidak makan daging, tetapi mengambil produk binatang tersebut seperti telur dan bahan tenusu. Makanan tipikal ovo-lacto vegetarian diet termasuk buah, sayuran, bijiran, kekacang, seeds, herba, akar, fungi, susu, cheese, yogurt, kefir dan telur.

2. Lee Mi-sook

Umur : 57

Lee  sentiasa nampak cantik sejak dari dulu lagi, tapi sukar hendak percaya yang beliau ni dalam lingkungan 50an, kan?

Beliau aktif sebagai model produk kecantikan sejak tahun 70an lagi hinggalah sekarang ini. Terkini, beliau mengeluarkan produk pakaian dalam Starit yang dijual secara online di home shopping channels dan beliau sendiri menjadi model utama bersama Top Big Bang untuk iklan tersebut.

Rahsia untuk mengekalkan bentuk badan agar kekal ramping dan bertenaga, beliau membuat workout pada setiap hari, tidur yang mencukupi, dan tidak menggunakan *heater, serta mengambil vitamin untuk kesihatan yang seimbang. Sukan kemegaran beliau ialah golf.

*Heater (pemanas) boleh menyebabkan kulit senang kering dan penuaan kulit.

3. Song Hye Kyo

Umur : 35

Beliau meraih populariti melalui leading roles dalam drama tv Autumn in My Heart (2000) , All In (2003), Full House (2004), Worlds Within (2008), That Winter, the Wind Blows (2013) dan Descendants of the Sun (2016) dimana beliau mencapai kejayaan pan-Asia. Dianggap sebagai salah seorang wanita paling cantik di Korea, Song merupakan model endorsement dan telah menerbitkan dua photobooks yang popular. Song sangat menitik berat mengenai penjagaan diri beliau, untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik, Song Hye Kyo elakkan dari makan makanan seperti coklat, coke, black tea dan makanan segera. Instead beliau pilih banyak makan buah, sayuran dan kadang-kadang makan telur.

Untuk penjagaan kulit agar kekal cerah, beliau memilih bahan semulajadi atau herbal based home made scrubs untuk menanggalkan kulit mati dan mengekalkan kulit bersih, segar dan natural. Campuran putih telur dan honey dijadikan mask, pakai dua kali sebulan. Gunakan sebelum tidur dan perlu dibilas apabila kering.

Untuk memutihkan kulit dan mengurangkan fine lines, Song menggunakan campuran honey dan air sebagai mask setiap dua kali sebulan. (Saya rasa dia alternate kedua mask ini).

Susu, ini mengingatkan saya pada rutin kecantikan Cleopatra – Song menggunakan susu untuk membasuh muka. Ini dapat menjadikan kulit lembut, licin dan radiant.

Song juga menggunakan freezing ice cubes untuk menjadikan muka beliau kecil, tegang dan anjal. Song menggurut wajah dengan menggunakan ice cubes.

*Perlu diingatkan, penggunaan terlalu lama pun tak bagus kerana ia boleh menyebabkan rasa kulit terbakar.

4. Jun Ji-Hyun

Umur : 35

Artis yang memegang watak mermaid dalam siri drama The Legend Of The Blue Sea (2016) dan My Love from the Star (2013) sangat menitik berat dengan pencucian wajah. Beliau pastikan proses cucian tidak lama tetapi muka benar-benar bersih. Dimulakan dengan menggunakan air suam dan disudahi dengan air sejuk. Beliau juga mengamalkan urutan wajah selepas membasuh muka.

Minum air suam sebanyak mungkin di siang hari dan tidur yang mencukupi untuk kulit yang cantik. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, beliau suka berendam di dalam air tub, light stretching atau meditasi sebelum tidur.

5. Hwang Jung-eum

Umur : 32

Ni salah seorang artis yang saya minat juga, mostly drama yang beliau berlakon semuanya best-best macam Kill Me Heal Me (2015), Endless Love (2014), Secret Love (2013), Incarnation of Money (2013), Can Your Hear My Heart (2011) dll.

Drama terbaru artis ini Lucky Romance (2016) tapi saya lebih menggingati beliau dengan freckled-face sebagai Kim Hye-jin dalam drama komedi romantik, She Was Pretty (2015). Dia betul-betul nampak buruk dalam cerita tu tapi pada reality nya , Jung-eum memiliki kulit yang sangat gorgeous. In fact, beliau dicalonkan  di tvN’s “Name List 2015” dimana beliau di ranked ke 5 sebagai “Beauties with Flawless Skin Even When Seasons Change”. Daebak!

Apabila ditanya mengenai cara penjagaan wajah, beliau menitik beratkan betapa pentingnya regim pencucian wajah dengan betul. Walaupun memiliki kulit yang sangat kering, beliau membasuh muka sebanyak 5 – 6 kali untuk menanggalkan kekotoran dan sel kulit mati. A bit too excessive if you ask me lah kan.

Untuk mengekalkan tahap lembapan pada kulit beliau, di akhir rutin penjagaan kulit dengan menyapu nourishing facial oil, dimana ia adalah penting untuk mendapatkan kulit yang healthy glow. Untuk hydration tambahan, beliau memastikan makan buah dan sayuran yang banyak, serta menggunakan moisturizing facial mask setiap hari.

Okay, saya nak komen sikit yang saya leery sikit pasal dia punya multiple cleaning routine. Saya tak rekomen ia sebagai skincare tip untuk ditiru. Pada pendapat saya that the best to keep facial cleansing to twice a day dengan gentle cleanser pun sudah memadai.

6. Moon Chae-won

Umur : 30

Beliau lebih dikenali untuk lead role bersama Song Joong-Ki dalam siri terbaru astro, Innocent Man (2012). Dalam salah satu episod Get It Beauty, beliau ditanya mengenai cara dia deals dengan skin troubles. Jawapannya? Satu, avoid touching your face! Dua, segarkan kulit dengan towel basah yang digosok dengan ice cubes. Beliau juga menggunakan sunscreen mist untuk melindungi kulit daripada sinar UV matahari. Dan juga moisturizing mist untuk maintain lembapan.

Untuk maintain kulit beliau yang honey dewy tu, beliau juga menggunakan green tea semasa mencuci wajah bagi membantu mengurangkan puffiness pada wajah. Tambahan lagi, beliau minum homemade ginger citrus latte yang sepatutnya bagus untuk kulit.

7. Choi Ji-woo

Umur : 42

Artis ni mula mendapat perhatian ramai sejak drama Winter Sonata (2002). Latest drama beliau di astro adalah The Suspicious Housekeeper (2013), beliau memiliki kulit yang fantasik untuk umur 42 tahun. Interestingly, beliau menggunakan home care remedies untuk hydratekan kulit, mask sheets dan vinegar cleansing.

Saya rasa yang the first tip tu does not require elaboration tapi the second needs some explaining.

Choi Ji-woo menerangkan selepas menggunakan cleanser, beliau membilas wajah dengan air bercampur dengan beberapa titik vinegar. The reason? Untuk balance kan pH level pada kulit sebab vinegar adalah acidik. Ok fine!

Memanglah tip ini makes sence, tapi I really not so keen on smelling like ammonia. Baunya lambat hilang, nak-nak mase musim panas dan berangin.o.O

Artis veteran Choi Ji-woo berkata dalam SBS selebriti show “Midnight TV Entertainment” pada Januari 2012, beliau minum teh ginseng setiap hari. Selain daripada itu, urutan muka, lakukan stretches pada wajah dan leher, menggunakan mask, dan minum air yang banyak, bagi mengelakkan kedutan. Akhir sekali, kerap berendam dalam bath tub. Beliau menambah beberapa titik wain beras yang ditapis ke dalam air dan rendam badan seketika untuk mengekalkan lembapan tubuh. Ooo patutlah kulit halus mulus pada usia tu.

8. Ha Ji-won

Umur : 39

Artis cantik Ha Ji-won berkata kepada MBC’s entertainment show “Entertainment Weekly” pada bulan Mac 2013 rahsia beliau untuk kelihatan muda ialah mandi dengan air sejuk. Beliau pastikan suhu air dibawah 20°C. Beliau telah amalkan petua ini sejak dari kecil lagi.

Yang ni saya setuju bebeno…. Orang tua-tua dulu suka bangun awal pagi untuk ambil titik air yang pertama bagi tujuan tegangkan kulit dan awet muda.

Selepas cleansing, beliau letak J.ONE Jelly Pack, Chic and Chic Sunblock Star, Giorgia Armani fluid sheer BB cream. Beliau juga menegaskan pentingnya mencari beberapa product yang bagus dan sticking to them! Maksudnya, bila dah jumpa produk yang bagus untuk kulit, tak payah tukar-tukar lagi dah, paham?

Selain daripada itu, beliau gemar minum air putih bersama perahan jus lemon untuk kekal cantik.

9. Lee Ha Nui aka Honey Lee

Umur : 34

Sure, Lee Ha Nui is obviously in the business of looking good – former Miss Korea and Get It Beauty host, swears by mayoo (*horse oil/hempseed oil) krim. Pada February 4, 2015, Haney Lee interview dengan OnStyle’s Get It Beauty, kulitnya cepat kering walaupun selepas mandi, dengan menggunakan ‘Horse Oil Cream” membantu  kulit kekal lembap, dan penting sebagai finishing up the foundation care.

*Horse oil atau minyak kuda mengandungi banyak unsaturated fat, dimana structure nya hampir serupa dengan lemak manusia. Kulit meresap minyak kuda ini dengan cepat, dan mengekalkan lembapan yang berpanjangan. Ia juga sangat efektif untuk wrinkles and freckles, dan menjadikan kulit kasar bertukar lembut. Minyak ini membantu merawat jari dan kaki merekah serta improve blood circulation, ia banyak digunakan untuk kesan terbakar dan atopic dermatitis di Jepun dan negara asia yang lain.

Selain daripada itu, Honey Lee juga menggunakan mangkuk seramik kecil untuk mengurut wajah dan lehernya. Mangkuk ini baik untuk membantu melicinkan kedutan pada garis senyuman dan di sekitar mata serta kening. Honey Lee juga menggunakannya pada *nodus limfa dengan menggerakkan mangkuk ke atas dan ke bawah lehernya dengan sedikit tekanan/pressure.

*Nodus Limfa merupakan struktur berbentuk oval  (menyerupai bentuk buncis), berukuran 1 mm sampai 20mm, bewarna kelabu-merah jambu (greyish-pink),tersusun dari sejumlah  pembuluh limfa, serta berfungsi menyaring dan menghancurkan psrtikel asing agar tidak menyebar ke jaringan tubuh. Terdapat di dasar mulut, leher, lekukan siku, ketiak dan paha.

10. Yoon Eun Hye

Umur : 32

Saya mula suka Yoon ni dalam drama tv The 1st Shop of Coffee Prince (2007), lepas tu saya mula follow semua drama lakonan beliau seperti Princess Hours (2006), My Fair Lady (2009), Missing You (2012) dan Marry Him If You Dare (2013).

Menurut Yoon Eun Hye, untuk maintain kulit translucent, poreless-looking skin macam tofu-like, a lots of moisturiser diperlukan.

Beliau menggunakan 3 kali ganda dari jumlah biasa moisturizing cream sebelum tidur, dimana ia mengekalkan kulit lembut dan dewy. Kulit beliau jenis kering, jadi ini penting. Tidak lupa juga, exfoliating kulit once a week dan proper cleansing.

Yoon juga percaya ‘a good night’s sleep is the key to looking your best’. Jika beliau susah nak tidur, beliau amalkan minum hot milk sebelum tidur, atau buat workout sikit.

Lots of H²O – Untuk glowing complexion, beliau mengambil 8 gelas air sehari, avoid smoking, coffee dan chocolates, ia boleh membuatkan kulit senang kering.

Yoon sangat menitik-berat mengenai pore care. Untuk membersihkan kulit, letakkan towel hangat pada wajah untuk gentle exfoliation sebelum memakai mask. Selepas mengalihkan mask, Yoon membasahkan cotton pads dengan toner dan urut dengan lembut pada kulit untuk mengurangkan kemunculan pores. Beliau juga mengelakkan makanan yang pedas dan masin!

Untuk rambut, beliau menggunakan L’Oreal Professionnel’s Mythic Oil disapu pada hujung rambut.

11. Kim Tae Hee

Umur : 37

Sebagai Korea national beauty, artis Kim Tae Hee merupakan idol untuk semua wanita Korea, manakala orang lelakinya pula sering meletakkan beliau rank #1 sebagai wanita ideal.

Isteri kepada Rain ini berkata, apabila beliau mencuci muka, beliau cuba untuk tidak menggunakan tangan sebanyak mungkin. Dia berkata menggosok muka dengan tangan boleh meninggkatkan jumlah kedutan! Teori ini sama diguna pakai dengan artis  Moon Chae-won.

Beliau banyak mengamalkan minum air jus carrots. Carrot mengandungi kandungan potassium yang tinggi, magnesium, calcium dan beta-carotene, carotenoids bagus dimana badan akan menukar kannya kepada vitamin A, E untuk meningkatkan kadar pencerahan kulit dan efek warna pink. Ia juga mengandungi antioxidant membantu menggurangkan pigmentasi kulit.

Untuk mask, beliau menggunakan campuran oat, honey dan kuning telur digunakan dua kali seminggu. Setiap kali keluar rumah, beliau selalu membawa ‘anti trouble patch’ sekiranya jerawat tiba-tiba muncul. Sebelah pagi, beliau menggunakan toner, essence, lotion, eye cream dan bb cream. Malam pula, beliau hanya menggunakan toner, essence, night cream dan juga eye cream.

12. Jang Na Ra

Umur : 36

Jang Na Ra ni silap haribulan orang ingat budak sekolah lagi. No kidding. Muka dia almost tidak berubah sejak mula debuted in 2001 lagi. Dia ni macam vampire! So bagaimana beliau mengekalkan penampilan agar nampak muda?

Singer dan actress Jang Na-ra berkongsi rahsia kecantikannya di KBS 2tv’s talk show “Happy Together” June 2015 yang beliau mengikuti special rutin semasa membasuh muka. Dalam klip itu, Jang mengurutkan muka menggunakan cleanser selama 10 minit setiap hari diwaktu pagi atau malam. Untuk menghilangkan kepenatan badan, beliau memilih ‘bomb bath’ dimana ia baik untuk blood circulation. Beliau juga banyak mengambil buah-buahan seperti apple, kiwi dan strawberi, dan juga kekacang sebagai menu harian.

That’s why our Nara-shii doesn’t seem to age at all.

Anda dah ter-inspired? Rutin mana yang akan anda ikut malam ni? Vote below.

Penjagaan Kulit Anda Part 1 : Kulit Kering

 

img_4898

Produk apa yang menjadikan kulit anda nampak cantik bersinar bergantung kepada sama ada kulit anda jenis kering, berminyak atau di antaranya. Tetapi untuk semua jenis kulit, terdapat satu garis panduan, mengikut Dr. Lynn McKinley-Grant, MD pakar dermatologist.”Apabila anda sudah dapat produk penjagaan kulit yang berkesan dan bersesuaian untuk kulit anda, teruskan menggunakannya – tiada sebab untuk anda menukarkannya.” Dan tidak kira jenis apa kulit anda, harus sentiasa menggunakan pelindung matahari – samada dari jenis pelembap untuk kulit anda yang kering atau yang bebas minyak jika kulit anda jenis berminyak.

Jenis Kulit

Jenis-jenis kulit yang kita perlu tahu ialah kulit normal, berminyak, kering, atau sensitif. Ada juga kulit jenis kombinasi di tempat yang berlainan pada permukaan kulit wajah.

Memahami perbezaan ini dapat membantu anda mengetahui regim penjagaan kulit wajah dengan betul ke arah kulit yang sihat.

Anda juga boleh melakukan ujian ringkas (simple test) pada kulit.

1.Cuci Muka – tanggalkan semua makeup dan hilangkan kesemua kotoran agar anda boleh rasa segar.

2.Tunggu 2 Jam – jangan pakai apa-apa produk dan biarkan kulit anda dalam keadaan asal.

3.Apa Yang Anda Lihat – tentukan jenis kulit anda berdasarkan ciri-ciri asal kulit.

Kulit Kering

Kulit pada wajah adalah salah satu bahagian anggota badan yang sangat penting. Akan tetapi, apabila kulit menjadi kering, ia akan berasa kasar, tegang, malah kemerahan, bersisik dan gatal-gatal. Sudah pastinya bagi sebahagian orang yang mengalami masalah ini akan sangat terganggu penampilannya  Tiada keyakinan diri (no self-confident) . Mengapa? Kerana dengan memiliki kulit yang kering akan membuatkan seseorang kelihatan lebih tua jika dibandingkan dengan mereka yang seusia dengannya. Sebagai contoh, apabila seseorang yang memiliki kulit kering berada di bawah sinaran matahari terlalu lama, kulitnya akan mudah menjadi kering dan senang terbakar atau menjadi gelap. Kulit akan kelihatan kusam dan berkedut!

Ada beberapa sebab untuk kulit wajah bertukar menjadi kering dan memahami perkara ini dapat membantu anda untuk mencari penyelesaian yang berkaitan dengannya.


Kulit Kering dan Hubungannya Dengan Jenis Kulit Muka

Kulit wajah jenis kering adalah keadaan biasa kita dengar, walaupun ada sesetengah orang lebih cenderung kepadanya daripada orang lain. Terdapat empat jenis kulit wajah yang perlu anda tahu ialah normal, berminyak, kering atau kombinasi.  Apabila manusia semakin berusia, mereka harus mengambil tahu bagaimana penuaan kulit berlaku → kesan kepada kulit.

  • Kulit wajah jenis normal ialah merujuk kepada kulit yang terjurus kepada kekeringan atau pun berminyak. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah normal bertukar menjadi kering (boleh rujuk bab ‘Penyebab Kulit Wajah Kering’ di bawah).
  • Kulit Wajah Jenis Kering ialah wajah yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi kering dan selalunya merasa tegang dan sedikit kasar di kawasan tertentu.
  • Kulit Wajah Jenis Berminyak adalah kurang kemungkinan untuk menjadi kering, kecuali untuk kes tertentu seperti basuh muka berlebihan, atau mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah.
  • Kulit Wajah Jenis Kombinasi lebih cenderung ke arah kekeringan di kawasan tertentu pada muka, terutama sekali pada bahagian pipi, sementara kawasan T-zone pula berminyak.
Kulit wajah kering boleh menjadi kasar malah bersisik menjadikan rasa gatal.
Kulit wajah kering boleh menjadi kasar malah bersisik menjadikan rasa gatal.

 

Kesan & Tanda-Tanda Kulit Kering Dan Terlalu Kering

Kulit Kering

Pada peringkat awal apabila kulit mula hilang kelembapannya, kekeringan pada kulit hanya boleh disedari apabila kita merasa :

  • Tegang
  • Kasar
  • Kulit kurang anjal (elastic) dan nampak kusam atau tidak segar.

Kulit terlalu kering

Jika diperingkat awal tidak dirawat, ia akan berkembang menjadi :

  • Terlalu tegang – Kelihatan lebih kedutan dan cepat nampak tua.
  • Hampir tiada liang roma (pores) kelihatan.
  • Bersisik – Jika kulit terlalu kering, ia boleh menjadi kasar dan bersisik terutama sekali di dahi, pipi, belakang tangan, lengan dan kaki.
  • Pecah-pecah – Kulit anda mudah merekah dan terkopek, terutama dibahagian hidung, lutut dan tumit.
  • Gatal – Rasa rengsa atau radang dan terbentuknya tompokkan merah (Red patches).

Pada peringkat ini, berkemungkinan kulit yang kekeringan tadi akan cenderung menjadi garisan halus, dimana ia menjurus kepada penuaan kulit pra-matang → dan kedut  pembentukan.

Kulit kering tidak dapat mengawal penghidratan.
Kulit kering tidak dapat mengawal penghidratan.
Faktor dalaman dan luaran boleh mengganggu keupayaan penghidratan kulit dan menyebabkan ia bertambah kering.
Faktor dalaman dan luaran boleh mengganggu keupayaan penghidratan kulit dan menyebabkan ia bertambah kering.

Kulit Wajah Kering Dan Sensitif

Apabila wajah menjadi kering, ia akan cenderung menjadi sensitif, namun, kulit wajah sensitif tidak selalunya berkaitan dengan kekeringan. Adalah amat penting untuk kita elakkan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit seperti pewangi dan pewarna tiruan. Kita perlu periksa status produk itu dahulu dan pastikan jika ia telah mendapat kelulusan dermatologi untuk kulit sensitif.

Kulit Wajah Jenis Kering Dan Masalahnya

  • Dalam bahasa perubatan untuk kulit kering ialah Werosis. Asal dari Greek : ‘Xero’, bermaksud ‘kering’, dan ‘osis’ bermaksud ‘penyakit atau masalah’.
  • Keradangan kulit seperti Atopic Dermatitis  dan Psoriasis adalah juga berkait rapat dengan kulit kering.
  • Keadaan metabolik seperti kencing manis (mellitus diabetis) dan penyakit buah pinggang (kidney diseases) boleh juga akan meningkatkan risiko kulit kering.
  • Sesetengah ubat jerawat , samada topikal atau oral, akan menyebabkan kulit berminyak, senang tumbuh jerawat dan menjadi sangat kering.

Nota : Jika anda memerlukan informasi yang lebih terperinci atau tepat lagi bagi membantu anda mengenal pasti penyebab kulit anda bermasaalah, dan rawatan mana yang perlu anda pilih anda boleh gunakan alat diagnostik atau terus berjumpa pakar dermatologi untuk pemeriksaan lebih lanjut.


Memahami Punca Kulit Menjadi Kering

Kenapa kulit mudah kering? Untuk permulaan, ia amat membantu jika anda mengkaji sistem keperluan kulit anda bagaimana untuk perangkap kelembapan pada kulit. Topik pertama adalah epidermis. Lapisan paling luar kulit, dimana ia menutupi anda dari kulit kepala hingga ke hujung kaki. Anggap ia sebagai pakaian luar badan (outerwear). Walaupun ia kurang daripada milimeter tebal, epidermis mempunyai lapisan, sama seperti baju jaket anda. Lapisan stratum corneum, adalah lapisan paling atas, diperbuat daripada sel kulit mati. Sel-sel ini perangkap air dengan menggunakan pengisian (filling) mereka  natural moisturizing factors (NMFs), asid amino, dan molikul lain yang meresap air daripada udara dan menyimpan didalam sel. Dalam cuaca sejuk, sel-sel kita akan mengeluarkan lebih NMFs untuk kekal lembap [sumber : Rawlings].

Lapisan lemak duduk dibawah stratum corneum. ceramides, kolesterol dan asid lemak adalah sebahagian daripada lemak anda boleh jumpa di sini. Disusun dalam lapisan jeli dan cecair [sumber : Bonte’]. Apabila air cuba untuk diwapkan (evaporate) dari lapisan bawah kulit, ia akan terperangkap diantara molikul lemak dan tidak boleh keluar lebih jauh. Lapisan itu juga menjadikan air jauh untuk sampai ke permukaan kulit [sumber : Rawlings].

Seterusnya, kita berada di stratum granulosum. Separuh bahagian adalah hampir kedap air, sel-sel ini dijahit dengan sejenis benang protein [sumber : Bonte, Becker]. Bahagian bawahnya berair. Saluran ini membiarkan air dari lapisan yang lebih dalam masuk ke dalam lapisan ini, tetapi tidak dibiarkan terkeluar.

Dan yang terakhir sekali adalah stratum spinosum di bahagian paling bawah. Sel-sel di dalam lapisan ini tempat asid hyaluronic, gula yang mengikat pada air, dipermukaannya.

Jika kulit kita dibina untuk mengekalkan kelembapan, jadi kenapa ia kering?

Gen kita, umur kita, pengwapan dan tekanan osmotik semuanya menimbulkan perubahan pada kulit. Dan apa perbezaan yang mereka buat? Kulit kering menjadi kelabu bersama dengan sel-sel mati dan membentuk ruam dan, mungkin kita tidak perasan, rasa gatal-gatal atau sengatan.

Pengemasan enzim di kulit kita perlu berfungsi dengan baik. Apabila kulit menjadi kering, enzim ini terputus-putus, dan kulit mempunyai masalah untuk menyimpan air maka jangkitan pun terjadi. Dan orang yang mengalami masalah ini, pengeringan dan keretakan boleh membuka halangan (barrier) yang sudah lemah  mudah terkena jangkitan bakteria kulit seperti spesis Staphylococcus, untuk jangkitan monggol (gnarly infection) [sumber : Aftergut].

Terdapat banyak faktor-faktor dalaman dan luaran untuk kulit wajah menjadi kering, kesemuanya adalah penyumbang yang sama kepada proses dehidrasi kulit. Tahap keterukan keadaan kulit kering bergantung kepada jumlah dan faktor intensiti berikut :

Faktor Luaran

Faktor luaran merupakan faktor utama menjadikan kulit wajah mudah kering kerana kemerosotan halangan (barrier) lipid semulajadi di permukaan kulit. Apabila halangan *lipid ini rosak, kelembapan akan mudah diwapkan (evaporate). Kelembapan ini penting sebagai bahan pengikat (vital moisture-binding substances) akan tetapi ia mudah hilang. Apabila kelembapan semulajadi ini hilang, kulit tidak dapat mengekalkan jumlah air dalam kulit dan menjadi kering sehingga ia diisi semula, serta halangan lipid pada permukaan kulit tadi dibaiki.

Jika kulit kering tidak dirawat dengan pelembap (moisturizer) yang mengandungi faktor pelembapan yang mencukupi, proces kekeringan menjadi semakin teruk di dalam kulit wajah dan mengganggu rangkaian kelembapan dalam lapisan kulit yang lebih dalam.

Nota : Lipid (lemak) – kombinasi bersama protein membentuk halangan kulit semulajadi dimana ia bertindak untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kekotoran pada kulit.

Apabila fungsi halangan kulit semulajadi diganggu oleh faktor luaran, penguapan boleh berlaku dengan lebih mudah.
Apabila fungsi halangan kulit semulajadi diganggu oleh faktor luaran, pengwapan boleh berlaku dengan lebih mudah.
Kulit mengurangkan level kelembapan disebabkan jumlah Aquaporins yang terhad.
Kulit mengurangkan level kelembapan disebabkan jumlah Aquaporins yang terhad.

Pencetus Luaran

Pencetus luaran yang utama adalah persekitaran. Cuaca, udara dan bahan kimia disekeliling kita juga memberi tekanan keatas kulit. Rutin penjagaan kulit yang tidak bersesuaian. Kulit wajah secara amnya lebih terdedah kepada faktor luaran ini yang menyebabkan kulit wajah cepat kering lebih banyak kekerapannya berbanding kulit di seluruh badan :

  1. Persekitaran
  • Keadaan cuaca yang teruk – panas, sejuk dan udara kering.
  • Perubahan musim – Simtom kulit kering adalah lebih biasa dalam bulan musim sejuk dan musim panas.
  • Pancaran matahari Ultraviolet (UV) – boleh meningkatkan kadar penuaan kulit , dan kulit menjadi mudah berjerawat kepada kekeringan → penuaan pra-matang.

2. Penjagaan Kulit

  • Terlalu kerap membasuh muka, atau terlalu lama mandi atau berendam dalam air panas, mandi dalam kolam yang mengandungi jumlah klorin yang tinggi juga boleh melenyapkan banyak lipid pada kulit.
  • Rutin penjagaan wajah yang tidak bersesuaian – Ia adalah penting untuk mengikut rutin, kegunaan produk, yang bersesuaian untuk kulit kering. tidak menggunakan sabun yang kuat (harsh soap) yang boleh menanggalkan lipid (fat) asli pada kulit. Kandungan dalam sabun, kosmetik atau pencuci muka yang tidak bersesuaian juga boleh merosakkan kulit.
Suhu sejuk adalah faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi perubahan fisiologi.
Suhu sejuk adalah faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi perubahan fisiologi.
Sesetengah sabun / pencuci muka boleh menanggalkan lipid kulit semulajadi - gunakan produk yang bersesuaian untuk kulit kering seperti yang disarankan.
Sesetengah sabun / pencuci muka boleh menanggalkan lipid kulit semulajadi – gunakan produk yang bersesuaian untuk kulit kering seperti yang disarankan.
  • Menggunakan pembersih dan agen pembersih beralkohol yang berlebihan juga boleh menyebabkan kulit senang menjadi kering.

3. Perubatan

Sesetengah ubat-ubatan ada kesan sampingan yang boleh menggubah keseimbangan air dalam kulit. Ubat-ubatan untuk mengawal darah tinggi, atau dikenali sebagai diuretics, dikenali untuk kesan sampingan ini. Selalu semak dan pastikan dengan doktor atau farmasi jika anda mengambil berat tentang ubat anda ambil itu yang boleh menyumbang kepada kulit kering.

Faktor Dalaman
  1. Pengaruh genetik/keturunan

Setiap orang ada set gen yang unik, yang menentukan karaktor atau sifat kulit seperti jeragat, lembapan dan jumlah lipid. Ini bermaksud, dibawah keadaan yang sama, lain orang ada berlainan kelembapan dan tahap lipidnya didalam kulit mereka. Individu yang berkulit cerah adalah lebih cenderung mendapatkan kulit kering berbanding dengan individu yang mempunyai kulit gelap. Tambahan, penyakit seperti Atopic Dermatitis , Psoriasis, diabetes dan ichthyosis sering, tapi tidak semestinya, mempunyai hubungan genetik.

2. Pengaruh Hormon

Apabila tahap hormon ini berubah, sebagai contoh semasa remaja atau akhir baligh dan menopos, keseimbangan kelembapan kulit boleh terjejas. Semasa menapos jumlah oestrogen dalam badan berkurangan, dan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kulit kering juga akan berlaku semasa mengandung.

Perubahan hormon disebabkan mengandung boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Perubahan hormon disebabkan mengandung boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

3. Umur

Apabila umur kita bertambah, kulit kita bertambah teruk dalam mengekalkan kelembapan. Selepas zaman remaja, kita membuat kurang molekul untuk memerangkap air didalam kulit. Hampir kesemua lapisan epidermis menjadi lebih pasif atau mandol : kita mengeluarkan kurang faktor pelembap semulajadi, kurang ceramides dan kurang asid hyaluronic. Dan apabila umur meningkat 50 ke 70, tompokan kulit kering muncul walaupun pada tangan yang paling sihat, kata Dr. Kent Aftergut, penolong professor dermatology di University Texas.

4. Penuaan Kulit Pra-Matang

Penuaan kulit  terjadi secara semulajadi dengan pertambahan umur. Namun, tidak melindungi dan membiarkan kulit terdedah terlalu lama kepada cahaya ultraviolet (UV) boleh menambahkan kadar penuaan kulit pra-matang, sekali gus membawa kepada pembentukan garisan halus dan kedutan pra-matang.

Apabila umur meningkat, struktur kulit semakin lemah dan kedutan semakin dalam.
Apabila umur meningkat, struktur kulit semakin lemah dan kedutan semakin dalam.

5. Diet

Kulit memerlukan pelbagai jenis nutrisi, asid lemak tak tepu dan vitamin untuk ia berfungsi dengan baik. Kurang nutrisi seperti Vitamin A dan B dan diantara bahan-bahan lain akan menjadikan kulit mudah kering dan kusam.


Faktor yang boleh menyumbang ke arah kulit kering

Berikut merupakan faktor tambahan kepada sebab utama kulit wajah menjadi kering, ada beberapa faktor lain juga yang boleh menjejaskan tahap keterukkan kepada kulit wajah kering. Kesedaran ini dapat membantu kita bagi mengelakkan dan juga dapat mengurangkan kesannya.

  1. Kurang rawatan yang berkesan

Penggunaan produk kecantikan atau kosmetik yang kurang tepat untuk kulit anda,  sehingga menimbulkan efek berupa kulit kering.

Jika kulit wajah yang kering tidak dirawat dengan betul, atau kurang berkesan pelembap (moisturizer) yang digunakan, keadaan kulit kering akan bertambah teruk, malah tidak menunjukkan sebarang peningkatan walaupun sedikit. Ini adalah kerana proses kekeringan itu telah menjejaskan ringkaian kelembapan terus lebih mendalam ke lapisan kulit, yang membekalkan kelembapan untuk lapisan atas kulit.

2. Terdedah kepada cahaya matahari

Berlebihan terdedah kepada pancaran matahari boleh menambahkan kekeringan pada kulit wajah. Oleh itu sangat penting untuk memilih pelindung matahari yang khusus untuk kulit kering →, dimana ia mengandungi pelembap aktif tambahan yang bersesuaian dengan Sun Protection Factor (SPF) . Disarankan juga menggunakan pelindung matahari, dan juga produk penjagaan kulit yang lain, tidak mengandungi bahan pewangi dan pewarna tiruan yang boleh merengsakan kulit, terutama sekali pada wajah, kerana ia lebih mudah sensitif berbanding kulit normal.

Terutama sekali kulit kering yang sensitif , tidak sepatutnya terdedah kepada pancaran UV ray - ia boleh mengeringkan kulit dengan lebih teruk lagi.
Terutama sekali kulit kering yang sensitif , tidak sepatutnya terdedah kepada pancaran UV ray – ia boleh mengeringkan kulit dengan lebih teruk lagi.

3. Jenis pekerjaan

Keadaan pekerjaan atau aktiviti tertentu yang memerlukan kita berada dalam keadaan yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering, sebagai contoh, aktiviti sukan di luar bangunan, berkebun, atau bercuti di tempat yang bercuaca sejuk.

Waktu tengahari merupakan waktu pancaran yang paling terik atau panas, ia patut dielakkan dalam apa jua keadaan - terutama sekali yang berkulit kering.
Waktu tengahari merupakan waktu pancaran yang paling terik atau panas, ia patut dielakkan dalam apa jua keadaan – terutama sekali yang berkulit kering.

4. Dehidrasi

Jumlah kelembapan didalam kulit berkait rapat dengan jumlah air yang dibekalkan oleh badan. Oleh itu, apabila badan dihidrasi, ia tidak mendapat jumlah bekalan air yang mencukupi kepada kulit.

Orang-orang yang mudah terdedah kepada dehidrasi adalah orang-orang tua, kerana perasaan atau keingginan haus lenyap dengan umur, dan orang yang melakukan kerja manual atau yang terlalu kerap bersenam.

5. Merokok

Toksik dalam asap rokok, termasuk nicotine, akan mengurangkan perjalanan darah. Ia menyebabkan metabolisma semakin lambat didalam kulit. Ia boleh mengeringkan kulit dan penuaan pra-matang.


Apakah penyelesaian untuk kulit wajah kering?

Elakkan Faktor Peyumbang

Dalam tambahan untuk mendapatkan rutin cucian dan kelembapan yang baik, elakkan faktor penyumbang ke kulit kering adalah penting. Ia akan menolong mengurangkan impak ke kulit kering dan keperluan untuk rawatan.

  • Banyakkan minum air – Seperti yang sudah kita ketahui bahawa air merupakan sumber kehidupan baik untuk manusia mahupun tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Dengan mengambil air yang mencukupi dapat membantu untuk mencegah terjadinya kulit yang kusam dan kering. Disarankan, mengambil air sebanyak 2.5 liter sehari atau lebih kurang 8 gelas akan membuatkan tubuh anda menjadi segar dan kulit pun akan lebih lembut dan bersih.
  • Jangan scrub semasa mandi atau keringkan badan menggunakan fabrik yang kasar.
  • Gunakan pelembap kulit –  Cara mengatasi kulit kering yang paling mudah untuk anda lakukan adalah selalu menggunakan pelembap (moisturiser) bersama pelindung matahari setiap hari selepas mandi. Jika anda bekerja di tempat yang berhawa dingin (aircon), pakailan pelembap badan (body lotion) yang berasaskan air untuk menggekal kelembapan kulit anda. Minyak sapuan dan krim lebih baik berbanding lotion untuk kulit kering. Ulang sapuan bila perlu.
  • Jangan lupa krim malam sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Pakai sarung tangan (glove) apabila menggunakan agent pencuci, pelarut (cloroc) atau sabun cuci rumah.
  • Elakkan produk yang mengandungi alkohol, ia akan menjadikan kulit lebih kering.
  • Buah yang mengadungi Vitamin A dan C – Vitamin A dan C merupakan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan tubuh dan kulit, dan kedua vitamin ini dapat di ambil dari buah-buahan yang segar seperti buah papaya, mangga, epal, pisang, strawbery, kiwi dan buah limau yang sudah terkenal sebagai buah yang diperkaya dengan Vitamin C.
  • Makanan yang mengandungi Vitamin E – Vitamin E merupakan kandungan vitamin yang sangat baik untuk menutrisi kulit tubuh seperti dapat menjaga kelembapan kulit, meningkatkan keelastikan kulit serta menganjalkan kulit. Pengambilan Vitamin E dapat diperolehi daripada kekacang seperti kacang almond dll.
  • Elakkan udara kering dengan kurangkan masa diluangkan di luar rumah dalam cuaca sejuk dan panas, dan gunakan humidifier dalam rumah apabila aircon terpasang  dan jangan biarkan suhu dalam bilik terlalu panas.
  • Kurangkan masa terlalu lama dalam air panas dengan mengambil mandi cepat bukannya mandi terlalu lama. Biasakan untuk selalu membersihkan badan dengan cara mandi paling kurang 2 kali sehari dengan mengunakan air yang sedikit hangat, hal ini bertujuan agar kulit anda terhindar daripada masalah kulit kering dan kusam. Dengan rutin ini, ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan terasa lebih lembut.
  • Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut (mild) dan bebas / tanpa pewangi, pewarna dan parabens untuk mengelakkan rengsaan kulit.

Mengatasi Kulit Kering Dengan Bahan Semulajadi

Kulit kering adalah salah satu gangguan pada kulit wajah yang sangat mengganggu penampilan dan membuat penampilan kita menjadi kurang menarik. Selain kulit nampak kasar dan juga berkedut, kulit kering akan menyebabkan makeup diwajah menjadi kurang rapi atau sempurna. Biasanya, kulit kita menghasilkan minyak (sebum) yang dapat membantu mencegah terjadinya kelembapan di permukaan kulit hilang. Namun, banyak hal yang boleh mengurangi penggeluaran minyak semulajadi pada kulit kering. Penggunaan sabun muka yang tidak bersesuaian, dan juga tidak menggunakan pelembap secara teratur dan sebagainya. Selain itu juga untuk memilih produk penjagaan wajah yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit iaitu diformulakan secara khas dalam membantu menghidrasi serta untuk melembapkan kulit anda yang kering.

Rawatan Menggunakan Bahan Semulajadi

Untuk membantu mengatasi kulit kering dengan bahan semulajadi, maka anda boleh membuatnya sendiri dirumah. ia menjimatkan serta mudah dilakukan pada bila-bila masa.

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah salah satu jenis minyak esensial yang sangat baik sebagai pembersih wajah dan juga untuk melembapkan kulit yang kering. Caranya juga mudah, anda hanya perlu sapu minyak zaitun pada wajah secukupnya dengan rata, dan setelah itu anda boleh rasakan sensasi kelembapan yang dihasilkan oleh minyak zaitun.

2. Buah alvokado

Anda juga boleh mencuba menggunakan buah alvokado sebagai mask. Caranya adalah ambil 1/2 biji buah alvokado dan 1 sudu teh minyak zaitun serta 1 sudu besar madu asli. Campurkan bahan-bahan ini dan jadikan mask. Biarkan selama 15 – 20 minit dan cuci muka menggunakan air suam. Ia sangat baik bagi membantu memberikan kelembapan di kulit wajah secara semulajadi.

Anda juga boleh mencuba membuat mask daripada campuran alvokado dan yogurt. Campurkan 1 biji buah alvokado yang ditumbuk lumat bersama 4 sudu besar yugurt plain, sapu pada wajah anda dan biarkan 10 – 15 minit, kemudian bilas menggunakan air suam. Ia bagus untuk membekalkan nutrisi yang baik bagi kulit agar nampak lebih sihat dan juga bercahaya.

Disarankan memakai mask paling kurang sekali seminggu untuk kesegaran kulit.
Disarankan memakai mask paling kurang sekali seminggu untuk kesegaran kulit.

3. Gula perang dan minyak zaitun

Campurkan diantara 1/2 cawan gula perang dan 2 sudu besar minyak zaitun sebagai scrub yang fungsinya baik untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga boleh melembapkan kulit yang kering. Anda juga boleh menambahkan minyak lavender untuk memberi efek sensasi aromaterapi.

4. Oatmeal

Oatmeal merupakan makanan sihat yang sudah lama dikenali sebagai makanan asli yang baik untuk membantu menanggalkan sel kulit mati. Caranya adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar oatmeal bersama 1 sudu besar madu asli dan sedikit air, setelah itu gosokkan pada wajah dengan lembut. Ia amat berkesan untuk lembapan kulit.


Produk penjagaan kulit

Kulit wajah yang kering atau yang terlalu kering memerlukan rutin penjagaan kulit yang komprihensif, termasuk menggunakan pencuci kulit yang sesuai, pelembap (moisturizer) dan pelindung matahari (sunscreens). Pembersih kulit yang berasaskan air bersama faktor tambahan lembapan yang sesuai untuk kulit kering dan terlalu kering, sementara pembersih muka berasaskan minyak adalah sesuai untuk penjagaan kulit yang terlalu kering dan terlalu teruk keringnya, termasuk Atopic Dermatitis .

Cucian kulit wajah kering atau terlalu kering

Lembut tetapi amat berkesan merupakan syarat penting untuk penjagaan kulit normal ke kulit kering, begitu juga untuk kulit yang mudah berjerawat →, dan Atopic Dermatitis . Yang penting adalah rutin harian pembersihan wajah yang teratur dan tidak berlebihan serta pelembap yang bersesuaian – wajah yang dibasuh bersih dapat memastikan epidermis berfungsi dengan baik dengan meresap dan menahan kelembapan secara berkesan.

Lebih kelembutan (extra mild) Ciracle Anti Blemish Teatree Wash → Teatree Wash membantu untuk menghilangkan jerawat dan noda kulit, mengelakkan kejadian jerawat baru, dan kulit akan bebas jerawat. Ia merupakan sabun pembersih yang lembut dan mempunyai formula yang tidak mengeringkan kulit dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia boleh menanggalkan minyak berlebihan pada kulit dan dalam masa yang sama membantu untuk mengekalkan kelembapan seimbang kulit anda . Senang dibilas menjadikan kulit selembut sutera.

Untuk kulit kering dan sensitif.
Untuk kulit kering dan sensitif.

Atau anda boleh mencuba produk dari Klair Rich Moist Foaming Cleanser . Pencuci yang boleh seimbangkan kandungan asid kulit dengan menjaga tahap kelembapan kulit selepas cucian muka. Ia merupakan pencuci muka hypoallergenic mengandungi bahan rendah pengelupasan yang boleh merengsakan kulit untuk kulit sensitif agar anda merasa tektur kulit licin dan bersih. Pencuci wajah Hypoallergenic ini baik untuk orang yang mempunyai kulit kering dan sensitif dan dalam masa yang sama boleh melembapkan kulit.

Ia bebas daripada kandungan tiruan – Tiada alkohol, tiada paraben, tiada ujikaji haiwan, dan tiada pewarna tiruan. Menggunakan pengawet mesra alam untuk mengurangkan sensitiviti kepada kulit.

Asid hyaluronic dan estrak daun aloevera yang popular sebagai kandungan yang terbaik untuk hidrasi dan komponen penting dalam kulit, terlibat didalam pembaikan sel tisu kulit.

Minyak pokok daun teh dan estrak houttuynia cordata kandungan penting untuk merawat masalah kulit, berkesan digunakan untuk perbagai keadaan dermatologik seperti jerawat, kudis dan jangkitan kulit.

Sabun muka berasaskan air dan minyak boleh digunakan untuk kulit kering ke kulit sangat kering.
Sabun muka berasaskan air dan minyak boleh digunakan untuk kulit kering ke kulit sangat kering.

 

img_5104

Prpduk penjagaan kulit yang sesuai dapat memberikan kulit kering penghidratan dan khasiat yang mencukupi.
Prpduk penjagaan kulit yang sesuai dapat memberikan kulit kering penghidratan dan khasiat yang mencukupi.

Penjagaan untuk kulit kering yang mengalami penuan

Menjaga kulit yang mengalami penuan memerlukan kita menaggani punca lazim oleh penuaan kulit itu sendiri . Apabila kulit mengalami penuan, kekeringan kulit disebabkan oleh sinaran UV menyumbang kepada meningkatan garisan halus dan kedutan , hilang volum kulit → dan ketumpatan serta seri. Pastikan rutin penjagaan kulit kita berkesan, terutama untuk melembap dan melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB malah ia sangat penting. Tambahan lagi, penuaan kulit selalunya memerlukan hidrasi kulit yang baik bagi mengurangkan kemunculan, atau mengelakkan pembentukan kedut di kemudian hari.

Cosrx Hyaluronic Acid Intensive Cream bagus untuk kulit kering dan yang terlalu kering.
Cosrx Hyaluronic Acid Intensive Cream bagus untuk kulit kering dan yang terlalu kering.

Galactomyces Alcohol-Free Toner adalah toner bebas alkohol untuk kesan yang maksimum tanpa merengsakan kulit.

Ciri-ciri

Bebas alkohol dan menggunakan air mineral mengurangkan kerengsaan kulit dan memaksimumkan kelembapan kulit, COSRX Galactomyces Alcohol-Free Toner menggunakan teknologi penapaian bahan Galactomyces untuk kesan maksimum termasuk untuk kelembapan, pembaharuan dan meremajakan kulit serta memberi kesan toning agar warna kulit sekata.

Kegunaan :

  1. Digunakan selepas mencuci muka pada waktu pagi dan malam.
  2. Gunakan jumlah yang mencukupi pada cotton pad (cukup dengan basahkannya) dan urut perlahan-lahan dari dalam ke luar penjuru muka, biarkan ia meresap penuh pada kulit.

Kandungan

Mineral Water, Galactomyces Ferment Filtrate, Butylene Glycol, 1,2 – Hexanediol, Betaine, Panthenol, Allantoin, Sokium Hyaluronate, Cassia Obtusifolia Seed Extract dan Ethyl Hexanediol.

COSRX Hyaluronic Acid Hydra Power Essence khusus dalam penjagaan hidrasi kulit. Ia mengisi lapisan kulit dengan kelembapan, membantu menyimpan sumber asli kelembapan dalam lapisan kulit. Ia mengandungi 4,000 ppm Sodium Hyaluronate, komponen kelembapan asli. Jika anda memiliki kulit yang kasar dan kering, Hyaluronic Asid Hydra Power Essence akan melicinkan dan melembapkan kulit anda.

Hyaluronic Acid Hydra Power Essence adalah bebas daripada komponen tiruan yang boleh merosakkan kulit, seperti parabens, pigments tiruan, wangian sistetik, TEA (Triethanolamine) dan phthalate. Anda boleh gunakan ia tanpa rasa risau tentang essence merosakkan kulit. Ia selamat digunakan pada semua jenis kulit.

Ciri-ciri

Kandungan utama disesuaikan/khas untuk hidrasi maksimum.

Hyaluronic Acid Hydra Power Essence menghapuskan bahan-bahan toksik untuk memberi keselamatan. Bukan setakat itu sahaja, ia terdiri daripada bahan-bahan yang selamat dengan meminimumkan jumlah kandungan ke 7.

  1. Hyaluronic Asid(sodium hyaluronate)

Ia adalah bio-sintesis bahan-bahan komponen semulajadi hadir didalam kulit kebanyakkan manusia, yang terdiri daripada amino asid dan uronic asid. Ia adalah penting untuk mengekalkan umur kulit sambil membantu untuk menahan 100 – 1,000 kali ganda berat air didalam sel kulit, menjadikan ia pelembap yang terbaik.

Ia bertindak sebagai kesan pelembap pada kulit. Ia banyak diguna pakai dalam produk kosmetik kerana fungsi ini. Mengawal pembolehubah tindakan biologi dalam respon terhadap CD44 protien adalah ekpresif didalam pembolehubah kepada sel epithelial. Ia mengeluarkan ikatan air untuk menjaga kelembapan kulit yang terbaik.

2) Sea-Buckthorn water

Nama saintifik : Hippophae rhamnoides.

Tempat Kegunaan : Akar, daun dan buah.

Kharaktor : Selalunya sea-buckthorn ada ranting yang keras dan padat, dan sangat berduri. Daunnya berbeza pucat hijau-perang, berbentuk pisau pembelah (lanceolate), 3-8 centimeters (1.2 – 3.1 in) panjang dan kurang dari 7 milimeter (0.28 in) luas.dioecious, bersama berlainan pokok jantan dan betina. Pokok betina mengeluarkan buah seperti oren-berry, lembut, berair dan diperkaya dengan minyak.

Manfaat : Sea Buckthorn adalah sumber tambahan  untuk Vitamin C, A dan E, beta-carotene, mineral, amino asid, dan fatty asid. Mengandungi 200-800 kali ganda kepekatan Vitamin daripada buah epal, Sea-Buckthorn juga dikenali sebagai bagus untuk anti oksiden digunakan secara perubatan traditional untuk memperlahankan proces penuaan dan membantu keupayaan pembiakkan sel. Pokok Sea-Buckthorn ekstrak menembusi jauh kedalam kulit dan menyimpan kelembapan didalam sel kulit anda.

TIPS :

Anda boleh maksimumkan efek hidrasi dengan menggunakan Hyaluronic Acid Intensive Cream selepas rutin terakhir penjagaan kulit.

Anda boleh campurkan 1 – 2 titik Hyaluronic Acid Hydra Power Eccence bersama Vitamin C essence atau minyak pelembap untuk hidrasi yang lebih tinggi.

Kandungan

Hippophae Rhamnoides Water, Butylene Glycol, Glycerin, 1,2 – Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol dan Ethyl Hexanediol.

COSRX Hyaluronic Asid Intensive Cream adalah pelembap yang secara lembut menghidrat dan melindungi kulit, ia menjadikan kulit anda menghidrat dengan mendalam, ringan dan secara uniknya ia direka untuk melicinkan kulit.  COSRX Hyaluronic Acid Intensive Cream boleh digunakan sebagai lotion adalah pelembap ringan. Pemakaian secara teratur dapat menjadikan kulit lebih lembut, sihat, dan bersinar.

Ciri-ciri

Hyaluronic Acid Intensive Cream mengadungi 3,000ppm jumlah Sodium Hyaluronate dimana ia merupakan kandungan kelembapan asli. 

Melindungi halangan kelembapan (barrier seals) dan mengelakkan pengwapan berlaku pada kulit. Ringan tetapi krim pelembap kuat untuk menyimpan lembapan dan mengelakkan kulit berminyak. “Cukup dengan formula kelembapan, kulit dapat meresap semua vitamin dan hyaluronic asid.” Hyaluronic acid intensive cream adalah cream pelembap diisi dengan bahan-bahan pengawal lembapan seperti Hippophae Rhamnoides Water (juga dikenali sebagai pokok vitamin) dan hyaluronic asid, dan juga komponen yang menyekat kehilangan lembapan. Hyaluronic Acid Intensive Cream tidak berat, boleh digunakan sebagai lotion, dan memindahkan kelembapan yang banyak dan kelembutan pada kulit yang tidak stabil (flaky).

Cara Menggunakannya

Selepas cucian muka, ambil sedikit jumlah diatas permukaan kulit pada langkat terakhir asas penjagaan kulit. Ratakan krim di atas kulit muka sehingga meresap penuh.

Kandungan

Hippophae Rhamnoides Water, Glycerin, Butylene Glycol, Caprylic/Capric Triglyceride, Betaine, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed oil, Cetearyl Alcohol, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Macadamia Ternifolia Seed Oil, 1.2 – Hexanedoil, Sokium Hyaluronate, Arginine, Panthenol, Dimethicone, Ethythexylglycerin, Carbomer, Allantoin, dan Xanthan Gum.

Cara Penggunaan Produk

  1. Setiap hari guna pencuci muka ⇒ Toner  Essence  Hyaluronic Acid Intensive Cream  Sun Screen  Foundation
  2. Langkah penbersihan pelembap mendalam  Toner  Essence  Hyaluronic Acid Intensive Cream  Face oil atau Essence

*Campurkan bersama face oil atau essence dan guna sebagai krim urutan wajah untuk penjagaan kulit di waktu malam yang lebih berkesan.

 

10 Panduan Lengkap Rutin Penjagaan Wajah Yang Perlu Anda Tahu

img_4495

Jika anda sedang membaca blog ini, kemungkinan besar anda adalah peminat barangan kosmetik tetapi yang masih mencari atau tengah mengkaji cara atau rutin penjagaan wajah yang betul.

Kepada yang telah biasa dengan produk kecantikan barat mungkin mendapati rutin penjagaan wajah wanita Korea atau Jepun terlalu panjang, menyusahkan dan merumitkan. Mana tidaknya, ritualnya panjang berjela mencapai ke 10 step. Gila!!!

Itu adalah salah satu sebab utama mengapa kulit mereka nampak lebih baik, halus dan gebu. Mereka tidak memperlekeh tentang penjagaan kulit dan sanggup mengambil masa yang panjang untuk menjaga kulit mereka. Ia menjadi keutamaan dalam kehidupan harian. Mereka amat menitik berat kepada setiap inci bahagian muka, bukan sekadar mencalit satu jenis krim sahaja pada muka dengan harapan boleh menyelesaikan semua masalah kulit!

Secara purata, kebanyakkan wanita mereka mengamalkan 7 step pada hari-hari biasa, tapi kadang-kadang proces itu boleh terlajak sehinga ke 10 atau 11 step!

Saya sendiri mengamalkan sekurang-kurangnya 6 step sahaja. Untuk keseluruhan rutin itu, ia tidak mengambil masa lebih daripada 10-15 minit (tidak termasuk pakai facial sheet mask atau urutan muka). Memang tak lama pun.

Oleh kerana penjagaan wajah ini terlalu peribadi, jadi walau banyak mana pun jumlah step yang anda pilih, yang penting ia memberikan hasil yang terbaik untuk anda. Kita pun boleh ikut sama sekiranya kita mampu atau paling tidak pun, kita gunakan sebagai panduan.

Kuncinya ialah layering, jadi disini saya huraikan cara yang betul untuk setiap layer penjagaan kulit yang perlu anda tahu :

1. Makeup Remover & Oil Based Cleanser

Saya percaya jika anda mengambil masa selama 30 minit untuk bermakeup, maka 30 minit juga diperlukan untuk menanggalkannya! Maksud saya, perkara yang anda perlu buat untuk menjaga kulit sebelum tidur sama lamanya sepertimana anda hendak bermakeup.

Menggunakan makeup remover yang sesuai adalah penting untuk kulit yang cantik, awet muda dan flawless. Menurut Dr. David E. Bank, director dan pengasas Cosmetic & Laser Surgery, “Tidur dengan makeup akan menyebabkan kulit berjerawat, mempercepatkan process penuaan dan kulit kusam.”

img_4496

1.1 Mata & Bibir 

Untuk  menanggalkan makeup pada mata, haruslah dibuat secara berhati-hati. Di sekeliling kulit pada mata kita adalah kawasan yang paling delicate and nipis. Kulit senang rosak, sensitive dan mudah berkedut. Gunakan cotton pad bersama oil-based eye makeup remover yang lembut dan jangan guna sabun atau harsh soap terus pada kelopak mata. Cleanser biasa tidak mampu menanggalkan waterproof mascara pada bulu mata. Dan ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan long-wear lipstick anda.

1.2 Muka

Jika anda ada rosacea atau eczema, guna hypoallergenic fragrance-free makeup remover. Krim atau liquid cleansers baik untuk individu yang mempunyai kulit sensitive. Elakkan yang mengandungi bahan alkohol, pewangi dan pengawet.

Jika anda mempunyai kulit yang berminyak (oily skin) atau combination skin, guna pencuci muka yang mengandungi salicylic acid atau benzoyl peroxide. Untuk kulit kering, guna pencuci muka yang lembut atau foaming face wash (creamy) yang tidak mengeringkan kulit.

Guna cotton pad bersama makeup remover atau cleansing wipe untuk menanggalkan makeup yang degil pada muka. Urut perlahan dengan jari dalam pergerakkan bulatan pada kulit muka dan lehir semasa kulit masih kering bagi melonggarkan solekan, gunakan air suam (lukewarm water) untuk pecahkan lemak solekan pada muka, urut lagi, dan bilas semula.

img_4082

2. Water Based Cleanser

Di Korea, menggunakan oil-based cleanser diikuti dengan water-based cleanser itu adalah perkara yang common. Ia lebih dikenali sebagai double-cleanse. Menggunakan water-based cleanser boleh menanggalkan sisa-sisa kotoran dari langkah yang pertama tadi dan juga perlahan-lahan membuang kekotoran berasaskan air seperti peluh. Ideanya ialah untuk memastikan kulit kita betul-betul bersih terus ke dalam pori-pori.

img_4438

3. The Exfoliator

Jika anda ingin mendapatkan kulit yang licin dan glowing semulajadi seperti kulit bayi, pengelupasan (exfoliating) adalah cara yang paling mudah untuk mencapai matlamat itu. Menanggalkan sel kulit mati dan daki akan memudahkan untuk langkah penjagaan kulit seterusnya bagi menampakkan hasil yang berkesan. Exfoliating sekali atau dua kali seminggu sudah mencukupi, akan tetapi, wanita yang mempunyai kulit yang berminyak digalakkan exfoliate lebih kerap daripada orang yang berkulit kering. Jika kulit anda menjadi semakin kering atau merengsa, kurangkan jumlah kekerapan anda exfoliate dan jangan scrub terlalu kuat. Hanya focus pada t-zone atau dikawasan blackheads sahaja.

Gunakan brush yang berbulu lembut yang diperbuat daripada microfibres atau blackhead silk finger ball bagi mengelakkan radangan kulit.

img_4078

4. The Toners (a.k.a softener/refresher)

Sekarang waktu untuk prepkan kulit anda dengan toner.  Toner dapat membantu bagi mengurangkan kulit yang tidak sekata, mengecilkan pori-pori dan mengimbangkan pH level pada kulit. Dalam masa yang sama, ia menjadikan kulit anda sentiasa lembap agar kulit dapat resapan lebih baik untuk proces yang berikutnya – Essence.

Anda boleh tuangkan terus pada tapak tangan dan tap kan pada muka atau tuangkan pada cotton ball atau pad dengan sapuan dari tengah muka keluar. Untuk kesan yang maksimum, sapu secara konsisten selepas membasuh muka pada setiap pagi dan sebelum tidur.

img_4081

5. The Essence

Anda boleh menganggap essence ni seperti nadi utama dalam rutin penjaggaan kulit wanita Korea, namun ia bagaikan satu misteri bagi yang lain. Ada sedikit dwi kegunaannya, essence adalah dari jenis hybrid toner dan serum dibuat untuk hydrasi kan kulit dan membantu membaiki dan pembaharui kulit dan sel. Essence secara tradisinya adalah lebih ringin dan kurang konsentrated daripada serum. Anda boleh sapu terus kepada kulit selepas pakai toner dengan menggunakan tangan dan tap pada muka sampai ia meresap.

6. Serums, Boosters & Ampoule

Sekarang masa untuk produk rawatan pula – anggap saja ampoule adalah versi super-konsentrated essence. Ia lebih dikenali sebagai serum atau booster bagi orang barat (western). Anda sapu produk ini sama seperti essence, tap pada muka sehingga meresap, semuanya sama, tap-tap sahaja! Secara amnya, produk ini mengandungi beberapa bahan aktif utama khas untuk sesuatu isu seperti mencerahkan, menggecilkan liang-liang pori, jeragat, kedutan dan jerawat. Ia selalunya didatangi dalam botol kaca yang kecil bersama penitis yang comel.

img_4442

7. The Sheet Masks

Sheet Mask boleh dipakai dua kali seminggu, atau lebih jika kulit anda terlalu kering. Yang seronoknya ialah ia didatangi dalam bentuk dan bau yang pelbagai. Sheet mask itu direndam dalam kandungan collagen (untuk plump efek), avokado extrak (untuk anti oksidan) atau vitamin E (untuk anti-aging), dsb. Apa bagusnya Sheet Mask? Ia membantu kulit anda meresap segala nutrisi dan moisture dengan lebih baik daripada hanya menyapu krim atau serum. Result nya sangat cepat membuatkan kita ketagih! Dengan sekali pakai, kulit anda akan menjadi plump dan lebih cerah. Bagus kan?

Sekarang telah menjadi trend berselfie dengan memakai sheet mask. Nak pakai pun mudah, capai satu, letakkan pada muka, serum yang selebihnya boleh disapu pada lehir, relax dalam 15 – 20 minit dan jangan lupa untuk berselfie!

img_4077

8. Eye Cream

Ini adalah self-explanatory produk, tapi yang penting teknik penggunaannya. Dengan lapisan kulit yang paling nipis dan sensitive daripada permukaan kulit badan yang lain, kawasan keliling mata memerlukan tumpuan yang lebih TLC (Tender Loving Care). Untuk menjaga mata anda agar maintain cantik dan melambatkan proces penuaan, harus berikan sedikit TLC kerana ia direka khas dengan agen penghidratan dan perlindungan. Hasilnya, mata anda akan bersinar-sinar (wink.. wink!) bila anda nampak perubahannya. Gunakan jari kelingkeng untuk tap perlahan-lahan – jangan gosok – krim mata pada sekeliling tulang orbital, jauhi garisan air pada mata. Terlalu banyak mengosok mata boleh menyebabkan kulit senang kendur dan berkedut!

img_4443

9. Moisturizer

Walau apa pun jenis kulit anda, krim pelembap muka adalah penting untuk mengelakkan kekeringan dan kerosakkan kulit kesan daripada matahari. Penghidratan adalah jalan terpantas untuk kulit yang gebu dan glowing. Ia datang dalam bentuk yang berbeza jadi ia tidak sepatutnya terlalu pekat – seperti emulsion, lotion, gel atau krim. Setiap pagi dan malam, calitkan krim moisturiser ke seluruh muka dan leher, ia bertujuan untuk seal kan ke semua kerja dari step yang sebelumnya. Seminggu sekali, masukkan sleeping pek sebelum masuk tidur, kulit akan segar dan hydrate sepenuhnya apabila anda bagun di esok hari.

10. Sun Protection

Pelindung matahari, atau juga dikenali sebagai sun block, diperbuat dalam bentuk krim atau pun spray. Tahukah anda jika kita terlalu lama terdedah kepada matahari boleh menyebabkan kulit kita senang terbakar, kedut dan paling teruk kanser kulit.  Walaupun hanya menjejakkan kaki keluar rumah untuk beberapa minit.

Sapu sun block sekurang-kurangnya 15 – 20 minit sebelum anda melangkah keluar rumah. Sapu semula setiap 2 – 3 jam seluruh muka dan badan. Sapu lagi jika anda berpuluh atau berenang. Wajib pakai sub block walaupun hari mendung!

Jika kulit anda jenis sensitive dan senang berjerawat, pilih sunblock dari jenis oil-free. Elakkan memilih sunblock yang mengandungi extrak buah-buahan atau kekacang dan ada pewangi tiruan kerana ia tidak membantu untuk melindungi kita dari UV dan boleh menyebabkan kerengsangan kulit.

Pilih pelindung matahari dari jenis “broad spectrum’ yang boleh melindungi kita daripada radiasi UVA dan UVB.

Anda digalakkan pilih dari jenis krim daripada spray kerana sapuannya lebih menyeruluh dan rata. Jika anda pergi mandi manda, cari sun block dari jenis water resistant.

Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang lama untuk menelek satu persatu botol sun block di kedai, paling mudah cari saja sun block dari jenis krim yang mempunyai pelindung SPF 30 atau lebih, broad spectrum, tiada paraben, mengadungi zink oxide dan tiada oxybenzone atau retinyl palmitate.

Jangan gunakan sun block yang telah expired.

img_4469

Berikut merupakan panduan lengkap rutin penjagaan wajah untuk  siang dan malam ;

img_4464

Scroll To Top